fbpx
Cerita Borneo

Fakta Menarik Tentang Orang Sabah Yang Anda Tidak Tahu

Fakta Menarik Tentang Orang Sabah Yang Anda Tidak Tahu

 

Fakta Menarik Tentang Orang Sabah Yang Anda Tidak Tahu

Lelaki ataupun wanita Sabah memang terkenal dengan raut wajah yang kacak dan jelita. Memiliki wajah seperti persis cina, berkulit putih, kulit halus dan licin, jika sekali pandang anda sudah pasti akan mengenali mereka.

1. Perkataan “bah” tidak menyebabkan banjir tahun lepas atau yang sebelumnya
Perkataan bah memang feymes dalam kalangan rakyat Sabah ni. Contoh bah digunakan

– Bah, sy mau jalan sudah ni. Kamu bila mo jalan?
– Sana bah tu sy letak tu kuih, di atas meja.
– Kalau tiada duit, pandai-pandai lah bah cari kerja kan?
– Kenapa bah tu baju tidak kena cuci?
– Bah yalah, kamu lebih pandai dari kami.

 

2.Slang orang Sabah bukan slang orang Indonesia

Ada yang menganggap sebutan atau ayat orang sabah ini seperti bahasa indonesia, sebenarnya mungkin ada sedikit persamaan, tetapi tidaklah begitu ketara. Jangan suka hati sebut sahaja, anda harus pelajari dahulu sesuatu loghat atau slang sesebuah tempat sebelum membuat andaian sendiri.

kredit video-AdamShamil

3.Peramah dan humble

Mereka lebih suka merendah diri dan lebih mudah mesra dengan orang sekeliling. Sebab itu mereka mudah mendapat rakan.

Gadis-gadis sabah juga terkenal dengan kelembutan dan juga kejelitaan. Ramai diantara mereka memiliki bakat dalam nyanyian dan juga lakonan.

4.Tidak tinggal diatas pokok

gambar hiasan
Sehingga sekarang, masih ada yang berpendapat penduduk Sabah dan Sarawak tinggal diatas pokok. Pasti ada dikalangan mereka yang belum pernah sampai ke Sabah dan Sarwak, dan oleh itu mereka hanya membuat andaian seolah-olah mereka mengenali Sabah dan Sarawak.

Jika anda ingin tahu, Sabah dan juga Sarawak sekarang seiring maju dan semakin pesat membangun.

 

5.‘Rilot’ ialah perkataan yang biasa juga di Sabah yang bermaksud topup

Jika di semenanjung, kita biasanya menggunakan perkataan ‘topup’ untuk mengisi kredik telefon bimbit. Tetapi jika di Sabah pula, mereka menggunakan perkataan ‘rilot’.

 

artikel penuh di – https://aliffchannel.com/info/fakta-menarik-tentang-orang-sabah-yang-anda-tidak-tahu/

Artikel Berkaitan

Back to top button