fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Farmasi ‘Drive-Thru’ Kini Beroperasi Di Kozi Square Kuching

Kedung BK Oleh Kedung BK
18 Mei 2020
Farmasi 'Drive-Thru' Kini Beroperasi Di Kozi Square Kuching
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

“Drive-Thru” Pharmacy ready for service!

Farmasi ‘Drive-Thru’ Kini Beroperasi Di Kozi Square Kuching. Beberapa hari lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Dr. Sim Kui Hian berkongsi melalui Facebook rasmi beliau sebuah farmasi pandu lalu telah mulai operasi di Kozi Square, Kuching dan merupakan salah satu usaha negeri dalam memerangi pandemik.

Farmasi tersebut adalah sebuah kolaborasi antara Hospital Umum Sarawak dan CSR persendirian.

ADVERTISEMENT

Operasi sudah bermula untuk kemudahan semua

Menurut status dimuatnaik oleh beliau, masa operasi akan mulai hari Isnin sehingga Jumaat, pukul 8 pagi hingga 5 petang. Beliau berkata,

“Inilah semangat solidariti Sarawak, kerjasama terbaik antara CSR Swasta dan institusi awam, bersedia menyesuaikan diri dan berubah bukan hanya untuk keselesaan semua orang tetapi juga untuk mengurangkan pendedahan kepada Covid-9. Ini merupakan teladan usaha bersatu Sarawak untuk memerangi wabak Covid-19.”

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Untuk menggunakan perkhidmatan terbabit, anda dikehendaki untuk mengambil gambar preskripsi (depan dan belakang) dan hantar ke mereka via WhatsApp (+6011-20606766) dan apabila sudah sedia, ahli farmasi akan memberitahu anda bila untuk mengutip preskripsi anda di kaunter pandu lalu.

Senang kan? Syok ada kemudahan macam ni!

ADVERTISEMENT

Kolaborasi antara kerajaan Sarawak, HUS dan Kozi Square

Dr. Sim mengatakan bahawa beliau berterima kasih kepada pihak pengurusan Kozi Square untuk program CSR ini, yang diadakan dengan kerjasama kerajaan Sarawak lengkap dengan penyediaan tempat tinggal dan makanan untuk barisan depan dan inisiatif kolaborasi terbaru dengan HUS untuk mengeluarkan ubat.

“Semua orang mempunyai peranan. Tolong memainkan peranan anda dengan serius. Bersama-sama, kita akan mengatasi wabak Covid-19,” ujarnya lagi.

Farmasi 'Drive-Thru' Kini Beroperasi Di Kozi Square Kuching
Kredit: Giphy

Baca maklumat TERKINI di sini:

Hanya RM1, ini adalah tambang baru untuk bas henti di Sarawak. Baca selanjutnya di sini:

SUMBER : The Borneo Post
Share163Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy