fbpx
Cerita Borneo

Fenomena Bunga “Sakura” Kembali Lagi di Kuching

Bunga Tekoma Mekar Sama Macam Sakura, Tak Perlu Ke Jepun dan Korea Dah!

Fenomena Bunga “Sakura” Kembali Lagi di Kuching. Bulan Oktober tahun ini menyaksikan sekali lagi fenomena bunga tekoma atau digelar “sakura” oleh netizen, mekar di sekitar Bandaraya Kuching. Pemandangan sebegini sememangnya dinantikan oleh peminat bunga kerana melihat bunga mekar boleh diumpamakan seperti melihat kebahagiaan di depan mata. Arggh, sis kenot!

Fenomena Bunga "Sakura" Kembali Lagi di Kuching
Bunga tekoma “sakura” di Kuching. Kredit : FB Mohd Ismail Ibrahim

Pemandangan Ini Boleh Dilihat di Jalan Matang Baru dan Pustaka Negeri Sarawak

Menurut netizen, pemandangan tekoma mekar ini boleh dilihat di sekitar Jalan Matang Baru dan Pustaka Negeri Sarawak. Pokok ini dijadikan sebagai tanaman landskap di Kuching dan ditanam sejajar di tepi jalan. Keindahan bunga ini terserlah apabila tiba musim ia berbunga iaitu musim kering sekitar bulan Mac, Jun dan Oktober.

Fenomena Bunga "Sakura" Kembali Lagi di Kuching
Bunga tekoma juga boleh dilihat di sekitar kampus UNIMAS. Kredit : FB Vice Chancellor Universiti Malaysia Sarawak

Digelar “Cherry Blossom” Pulau Pinang, Berbunga Lebat Lepas Musim Kering yang Ketara

Pokok tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia pentaphylla merupakan sejenis pokok hutan yang berasal dari Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Di Malaysia, ia digelar sebagai “cherry blossom” Pulau Pinang kerana mengeluarkan bunga berwarna merah jambu yang sangat lebat seperti bunga sakura di Jepun. Kebiasaannya, bunga ini boleh didapati dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Menurut Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), pokok ini juga digelar “pokok kertas tisu” kerana kelopak bunga nya yang sangat nipis seperti tisu. Tak kisah asalkan cantik!

Fenomena bunga tekoma di Pustaka Negeri Sarawak. Kredit : FB Homestay di Kuching

Adakah anda penggemar musim bunga seperti ini? Atau anda tahu lokasi bunga tekoma yang sedang mekar di sekitar Kuching? Kongsikan di ruangan komen dan jangan lupa like dan share post ini!

Artikel Berkaitan

Back to top button