fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Flyover Serian Interchange 1 Sudah Boleh Digunakan Bermula Hari Ini

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
22 Januari 2020
Flyover Serian Interchange 1 Sudah Boleh Digunakan Bermula Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Yeay! Dah Boleh Nait Flyover Serian!

Flyover Serian Interchange 1 Sudah Boleh Digunakan Bermula Hari Ini
Kredit : FB Pan Borneo Highway Sarawak

Flyover Serian Interchange 1 Sudah Boleh Digunakan Bermula Hari Ini. Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang diidam-idamkan penduduk di Sabah dan Sarawak semakin menampakkan hasil. Terkini, flyover Serian Interchange 1 yang terletak berdekatan pasaraya Unaco dan Hospital Serian sudah mula dibuka pada jam 12 tengah hari untuk kenderaan awam.

Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh pihak pengurusan Lebuhraya Pan Borneo melalui laman Facebook rasminya.

ADVERTISEMENT
Flyover Serian Interchange 1 Sudah Boleh Digunakan Bermula Hari Ini
Flyover Serian Interchange 1 Sudah Boleh Digunakan Bermula Hari Ini

Untuk permulaan, hanya satu laluan dua hala flyover ini dibuka untuk trafik awam. Namun begitu, pembukaan laluan ini tentunya akan memudahkan dan melancarkan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Kredit : FB Zuraili Juli

Bahagian Projek Pan Borneo Di Serian Merangkumi Jarak Sepanjang 75.015 km Hingga Ke Simpang Pantu

Untuk pengetahuan anda, bahagian projek Lebuhraya Pan Borneo di Serian dikenali sebagai Serian Roundabout – Pantu Junction (SPJ). Bahagian projek sepanjang 75.015 km ini dikenadalikan oleh ZECON KIMLUN Konsurtium Sdn. Bhd. Ia merangkumi pembinaan sebuah layby di Balai Ringin, 10 buah jambatan serta beberapa flyover Interchange termasuk sebuah Interchange Simunjan.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

ADVERTISEMENT

Serian Interchange 1 (berdekatan pasaraya Unaco dan Hospital Serian) merupakan flyover yang pertama dijumpai jika anda memandu dari arah Kuching-Serian. Serian Interchange 2 (berhadapan Gereja St. Theresa dan Tasik Danu) pula merupakan flyover kedua yang menandakan bahawa anda akan beredar dari Serian menuju ke bahagian Sarawak yang lain seperti Sri Aman, Betong, Sarikei dan bahagian yang lebih jauh sehinggalah ke Sabah.

Tahniah diucapkan kepada pasukan pembinaan atas keringat serta masa yang dikorbankan sehingga laluan Serian Interchange 1 ini berjaya dibuka. Kepada para pemandu pula, memandulah dengan berhemah dan berhati-hati di jalan raya.

ADVERTISEMENT

Takkan lari kampung dikejar, ye dak?

Share27529Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy