fbpx
Cerita Borneo

Gadis IPTA Tempatan Dirogol, Suspek Didakwa Pernah Pukul Ustazah Semasa Bersekolah

Perogol Yang Berusia 20 Tahun Itu Sehingga Kini Masih Dijejaki

Gadis IPTA Tempatan Dirogol, Suspek Didakwa Pernah Pukul Ustazah Semasa Bersekolah
Gambar hiasan. Kredit : donna.com.my

Gadis IPTA Tempatan Dirogol, Suspek Didakwa Pernah Pukul Ustazah Semasa Bersekolah. Sejak akhir-akhir ini, kes rogol nampaknya semakin menjadi-jadi. Golongan yang bernafsu liar ini dilihat semakin berani untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun pada usia yang masih muda.

Terkini, seorang gadis yang merupakan seorang pelajar di sebuah IPTA di Sarawak didakwa telah dirogol oleh seorang lelaki semasa mereka keluar bersiar-siar. Perbuatan tersebut didakwa telah dilakukan di sebuah kawasan sunyi di Kota Samarahan, Sarawak.

Diajak Berenang di Kolam Renang Bersama Beberapa Rakan Sebelum Kejadian

Menurut laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa, beliau pada asalnya diajak oleh suspek bersama beberapa orang rakan untuk berenang di kolam renang Kota Samarahan. Mangsa yang menurut ajakan suspek turut membawa seorang rakan untuk menemaninya namun setibanya di sana, kolam renang tersebut tidak dibuka.

Suspek kemudiannya menghantar rakan mangsa pulang ke kolej kediaman dan kemudian menurunkan rakan suspek di tepi jalan. Sementara menunggu tempoh kereta sewa yang digunakan tamat, suspek mengajak mangsa untuk bersiar-siar di Kuching dan Kota Samarahan.

Dirogol Di Kawasan Gelap, Dipaksa Telan “Air”

Namun demikian, mangsa tidak menyangka pertemuan tersebut bertukar tragedi apabila suspek membawa mangsa ke tempat yang sunyi dan mula merogol mangsa. Suspek juga didakwa bertindak kasar dan memaksa mangsa untuk memasukkan alat sulitnya ke dalam mulut dan menyuruhnya menelan air mani suspek.

Mangsa yang trauma dengan kejadian tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Kota Samarahan. Suspek yang berasal dari Kampung Hj. Baki itu hanya dikenali dengan nama ‘Syaza’, berusia 20 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan. Selain itu, suspek juga dipercayai pernah digantung sekolah semasa masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Kota Samarahan kerana bertindak memukul seorang ustazah.

Suspek masih dijejaki dan siasatan masih dijalankan melibatkan kerjasama polis bantuan IPTA berkenaan, serta pihak sekolah.

Tindakan mangsa untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis adalah satu langkah yang betul. Ia bagi mengelakkan lebih ramai gadis di luar sana agar tidak diperlakukan sedemikian rupa oleh individu sebegini. Orang ramai juga dinasihatkan untuk memberi sokongan moral kepada mangsa kes rogol kerana kejadian yang berlaku adalah tanpa kerelaan mangsa.

Semoga nasib mangsa terbela dan pelakunya mendapat hukuman yang setimpal.

Artikel Berkaitan

Back to top button