fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Gaduh Gara-Gara Mabuk Langkau, 5 Individu Termasuk Remaja Bawah Umur Ditangkap

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
10 September 2020
Gaduh Gara-Gara Mabuk Langkau, 5 Individu Termasuk Remaja Bawah Umur Ditangkap
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kes pergaduhan Mabuk di Sibu Sarawak, lima individu yang terlibat di dalam pergaduhan tersebut telah ditangkap.

Gaduh Gara-Gara Mabuk Langkau, 5 Individu Termasuk Remaja Bawah Umur Ditangkap. Lima individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan parah di hadapan sebuah rumah di Jalan Tong Sang, di sini ditahan petang kelmarin.

Gaduh Gara-Gara Mabuk Langkau, 5 Individu Termasuk Remaja Bawah Umur Ditangkap
Gaduh Gara-Gara Mabuk Langkau, 5 Individu Termasuk Remaja Bawah Umur Ditangkap

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh orang awam.

ADVERTISEMENT

Kejadian berlaku apabila dua daripada lima suspek itu bertengkar dan cuba dileraikan oleh seorang lagi tetapi dia telah dipukul sebelum tercetus pergelutan antara mereka, katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, pihak polis yang menerima aduan daripada orang ramai bergegas ke lokasi kejadian pada jam 4.55 petang dan mendapati dua lelaki terbaring di jalan dan kemudiannya dibawa ke Hospital Sibu.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Katanya, kesemua suspek berusia antara 13 hingga 27 tahun telah ditangkap termasuk dua lelaki yang telah dihantar ke hospital.

ADVERTISEMENT
Gaduh Gara-Gara Mabuk Langkau, 5 Individu Termasuk Remaja Bawah Umur Ditangkap

Suspek semua dalam keadaan mabuk.

Siasatan awal polis mendapati kesemua suspek berada dalam keadaan mabuk selepas mereka minum arak jenis langkau, jelasnya.

Sebatang kayu yang digunakan sebagai senjata dalam pergaduhan itu turut dirampas.

ADVERTISEMENT

Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 12 September ini untuk siasatan lebih lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, tambahnya.

Baca lagi Di Sini:

Share71Tweet44SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy