fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Gagal Langsaikan Hutang, Seorang Lelaki Dikurung Dan Dipukul Di Sibu

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
19 Februari 2021
Gagal Langsaikan Hutang, Seorang Lelaki Dikurung Dan Dipukul Di Sibu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Mangsa telah dicederakan dan dikurung kerana dipercayai telah berhutang lebih RM19,000.

Gagal Langsaikan Hutang, Seorang Lelaki Dikurung Dan Dipukul Di Sibu. Seramai sebelas individu termasuk seorang wanita diberkas kerana disyaki telah mencederakan dan mengurung seorang lelaki yang dipercayai berhutang lebih RM19,000.

Menurut Timbalan Ketua Polis Sibu Superitenden Collin Babat, kejadian berlaku pada Selasa (16 Feb) ketika seorang suri rumah berusia 29 tahun menerima satu panggilan daripada seorang suspek, yang memberitahu mereka telah menahan adik ipar (adik lelaki suami pengadu) kerana gagal melangsaikan hutangnya sebanyak RM19,000.

ADVERTISEMENT

“Suspek juga telah menghantar lima klip video menunjukkan mangsa yang berumur 24 tahun, dipukul sehingga dia mengalami kecederaan di kepalanya,” jelasnya menerusi kenyataan, semalam.

Gagal Langsaikan Hutang, Seorang Lelaki Dikurung Dan Dipukul Di Sibu
Gagal Langsaikan Hutang, Seorang Lelaki Dikurung Dan Dipukul Di Sibu. Gambar sebagai hiasan

Mangsa kemudiannya diselamatkan

Oleh demikian pihak berkuasa berjaya mengesan lokasi mangsa dan kemudian menyelamatkannya pada hari yang sama.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

Rentetan daripada kejadian itu, seramai 10 orang lelaki berusia antara 16 hingga 25 tahun dan seorang wanita berusia 26 tahun ditangkap dan kesemua mereka didapati positif dadah.

Gagal Langsaikan Hutang, Seorang Lelaki Dikurung Dan Dipukul Di Sibu
Gambar sebagai hiasan

Pihak berkuasa merampas 11 telefon bimbit

Selain itu pihak berkuasa juga merampas 11 telefon bimbit daripada semua suspek.

ADVERTISEMENT

Superitenden Collin Babat juga menambah bahawa, kes itu disiasat di bawah Seksyen 386 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut dengan menakutkan mangsa dan Seksyen 342 kanun yang sama kerana mengurung mangsa secara salah.

Kredit: UtusanBorneo

Lagi di sini:

SUMBER : Utusan Borneo
Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy