fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Gara-Gara Bergaduh Rebut Tapak Jual Sayur, 6 Lelaki Ditahan Polis Di Kota Sentosa

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
25 Jun 2020
Gara-Gara Bergaduh Rebut Tapak Jual Sayur, 6 Lelaki Ditahan Polis Di Kota Sentosa
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kejadian berlaku awal pagi tadi.

Gara-Gara Bergaduh Rebut Tapak Jual Sayur, 6 Lelaki Ditahan Polis Di Kota Sentosa. 6 individu di Kota Sentosa @ Batu 7 ditahan oleh pihak polis kerana mencetuskan pergaduhan sesama mereka sehingga mengganggu ketenteraman awam. Pergaduhan tersebut rupa-rupanya berpunca daripada perebutan tapak jualan sayur di pasar Batu 7.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, kejadian tersebut berlaku apabila 2 beradik yang telah membuka gerai jualan sayur sejak awal pagi tiba-tiba didatangi oleh sekumpulan lelaki yang mahu berjual di tapak yang sama. Dua beradik tersebut masing-masing berusia 15 tahun dan 25 tahun.

ADVERTISEMENT

Pada asalnya, perbincangan telah dibuat oleh kedua-dua pihak namun adik beradik tersebut tetap tidak mahu berganjak dan mengalihkan bakul sayur-sayuran mereka.

Jelasnya lagi, adik-beradik tersebut telah berniaga di tapak tersebut selama hampir 3 tahun.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Awal pagi tadi juga, sebuah rakaman pergaduhan telah tular di laman sosial. Rakaman tersebut menunjukkan pergaduhan yang agak dahsyat sehingga salah seorang individu dilihat telah dihempas menggunakan meja lipat.

ADVERTISEMENT

Suasana tambah buruk apabila si adik meninggikan suara

Namun begitu, suasana bertambah tegang apabila salah seorang daripada beradik tersebut iaitu adiknya telah bertindak meninggikan suara. Lelaki tersebut kemudian ditampar oleh salah seorang ahli kumpulan tersebut sehingga mengakibatkan pergaduhan besar selepas itu.

Gara-Gara Bergaduh Rebut Tapak Jual Sayur, 6 Lelaki Ditahan Polis Di Kota Sentosa
Gara-Gara Bergaduh Rebut Tapak Jual Sayur, 6 Lelaki Ditahan Polis Di Kota Sentosa. Imej tangkap layar rakaman pergaduhan yang tular.

Adik beradik tersebut mengalami luka di bahagian muka dan anggota badan yang lain.

ADVERTISEMENT

Kedua-dua pihak baik dari pihak adik beradik mahupun kumpulan tersebut membuat laporan polis. Pihak polis akhirnya menahan keenam-enam mereka untuk siasatan lanjut.

Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, mereka akan dikenakan hukuman penjara selama maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Apa yang paling penting di sini ialah sikap tolak ansur terhadap orang lain. Sayang lah barang jualan yang hancur akibat pergaduhan yang sia-sia kan? Apatah lagi jika pergaduhan tersebut menyebabkan kecederaan parah atau pun kematian.

Mbak ilek jak.

Baca juga artikel ini :

Source: Utusan Borneo
Share4265Tweet224SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy