fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
27 November 2020
Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Demi mencari internet untuk kelas online, pelajar SMK Ulu Sugut jatuh dari jambatan gantung.

Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung. Sungguh tragis sekali apabila pelajar dari Ranau, Sabah ini sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian namun malangnya mereka terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, pada Isnin lepas.

Kejadian tersebut dipercayai kira-kira jam 9 malam membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut.

ADVERTISEMENT

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa salah seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung
Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung

Cuba mengakses interet

“Mereka cuba untuk mengakses interet di bahagian tertentu jambatan gantung berkenaan,” kata Datuk Dr Joachim Gunsalam.

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

Beliau juga memaklumkan bahawa beliau akan segera ke kampung berkenaan untuk menilai keadaan dan mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan gantung tersebut.

ADVERTISEMENT

“Kita juga berharap penduduk Kampung berkaitan dapat bersabar kerana kita berusaha untuk menyelesaikan masalah ini,” tambah beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.

Sebelum ini tular di Facebook mengenai pelajar SMK Ulu Sugut terjatuh dalam sungai selepas jambatan gantung dilalui mereka, runtuh secara tiba-tiba.

ADVERTISEMENT
Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung
Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung

Ketinggian kira-kira 18 meter

Difahamkan juga, bahawa kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu merupakan satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet.

Sudah menjadi kebiasaan juga bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut, berkata beliau dimaklumkan kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu, sekitar jam 9 malam.

Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung

Tiba-tiba runtuh

“Penduduk kampung menyatakan semua pelajar tersebut berada di tengah-tengah jambatan untuk mengikuti kelas dalam talian sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.

“Capaian internet di Kampung Gusi ini sememangnya teruk, tetapi lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung terbabit,” tambah Ratimin Kukunut.

Lagi di sini:

Share80Tweet50SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy