fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Gara-Gara Lewat Pulang Rumah, Suami Mengugut Untuk Membunuh Isteri

Kedung BK Oleh Kedung BK
30 September 2020
Gara-Gara Lewat Pulang Rumah, Suami Mengugut Untuk Membunuh Isteri
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Kejadian berlaku di Limbang, Sarawak

Gara-Gara Lewat Pulang Rumah, Suami Mengugut Untuk Membunuh Isteri. Seorang lelaki mengugut untuk membunuh isterinya kerana mangsa lewat pulang ke rumah. Suspek dilaporkan membuat ugutan itu sambil memegang parang dan telah ditahan di sebuah rumah di Kampung Bawang Obor.

Gara-Gara Lewat Pulang Rumah, Suami Mengugut Untuk Membunuh Isteri
Gara-Gara Lewat Pulang Rumah, Suami Mengugut Untuk Membunuh Isteri

Bertengkar dengan mangsa kerana lewat pulang ke rumah

Suspek, seorang penganggur berusia 34 tahun, dilaporkan bertengkar dengan isterinya kerana lewat pulang ke rumah, sehari sebelum suspek ditahan.

Isteri turut diugut akan dibunuh suspek, menyebabkan mangsa lari ke rumah jiran untuk menyelamatkan diri. Suspek dan mangsa sudah berkahwin selama 19 tahun dan mempunyai 7 orang anak.

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

Turut dirampas semasa suspek ditahan adalah sebilah parang, beserta sarung kayu dan selaras senapang guli buatan sendiri. Senapang terbabit diakui buatan suspek dan digunakan untuk memburu kelawar di sebuah gua berhampiran.

Gambar hiasan. Kredit: NST

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan Seksyen 36 Akta Senjatapi 1960.

Lagi di sini:

SUMBER : Utusan Borneo
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy