fbpx
Cerita Borneo

Gelaran Mister Tourism World Sah Milik Jejaka Kacukan Sabah, Daniel Hansen

Inspirasi Buat Bakal Mister dan Miss Dari Malaysia. Malaysia Boleh!

Gelaran Mister Tourism World Sah Milik Jejaka Kacukan Sabah, Daniel Hansen. Jika selama ini anda sering mendengar pertandingan Miss World, Miss Universe, Miss Grand World dan bermacam-macam lagi gelaran ‘Miss’, anda mungkin akan terkesima mendengar gelaran Mister pula. Paling membanggakan, pertandingan Mister Tourism World yang baru sahaja berlalu di Malta telah dimenangi oleh jejaka kacukan Sabah, Daniel Hansen. Wow!

Gelaran Mister Tourism World Sah Milik Jejaka Kacukan Sabah, Daniel Hansen
Gelaran Mister Tourism World Sah Milik Jejaka Kacukan Sabah, Daniel Hansen

Bukan senang tau nak dapat gelaran Mister di peringkat antarabangsa. Apatah lagi anda harus berdepan dengan jejaka kacak lain dari seluruh dunia. Bukan itu sahaja, anda perlu melalui beberapa pusingan yang mendebarkan seperti ujian personaliti, sesi soal jawab, sesi peragaan dan sebagainya. Boleh tahan tough juga. Tapi, Daniel Hansen telah berjaya melalui semua itu dengan jayanya!

Daniel Hansen merupakan wakil tunggal Malaysia pertama yang memenangi Mister Tourism World edisi keempat. Untuk pengetahuan anda, beliau merupakan pemenang Mister Tourism World Malaysia sebelum mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa. Selain itu, beliau juga merupakan juara Bachelor of Malaysia untuk edisi 2019 dan pernah menceburi pertandingan bina badan seperti Men of Steel dan Mr Enrich. Pergh, abang sado rupanya.

Gelaran Mister Tourism World Sah Milik Jejaka Kacukan Sabah, Daniel Hansen
Gelaran Mister Tourism World Sah Milik Jejaka Kacukan Sabah, Daniel Hansen. Kredit : IG @danielhansen_fanpage

Dalam pertandingan Mister Tourism World tersebut, Daniel telah menewaskan sebanyak 18 peserta lain yang mewakili negara masing-masing seperti Puerto Rico, Dominican Republic, Belanda, Brazil, Turki, India dan lain-lain. Beliau telah memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan sepanjang pertandingan ini seperti Best Physique, World Choice Award dan Charmingly Cultured Award (tempat kedua).

Pakaian Kaum Murut Dipilih Sebagai Busana Wakil Malaysia Dalam Acara National Costume

Pemilik nama sebenar Daniel Hansen Idris merupakan seorang jejaka berdarah kacukan. Bapanya merupakan seorang Melayu kacukan Denmark manakala ibunya merupakan seorang Cina yang berasal dari Sabah. Beliau nyata berbangga dengan asal usul dirinya apabila mengenakan busana kaum Murut. Busana lelaki kaum Murut tersebut diolah semula dengan padanan details yang lebih sarat dan menyerlah bagi menampakkan susuk kemegahan Daniel.

Gelaran Mister Tourism World Sah Milik Jejaka Kacukan Sabah, Daniel Hansen
Kredit : IG @danial_hansen
Gelaran Mister Tourism World Sah Milik Jejaka Kacukan Sabah, Daniel Hansen

Pernah Bercita-Cita Jadi Atlet Bina Badan Dunia, Kini Impi Jadi Pelakon

Berdasarkan sumber di beberapa laman sesawang, Daniel sememangnya bergiat aktif dalam rutin kecergasan dan bina badan sebelum menceburi bidang pageant. Malah, beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seorang atlet bina badan dunia. Namun demikian, Daniel juga tidak menolak rezeki sekiranya diberikan peluang dalam bidang lakonan kerana beliau sememangnya gemar mencuba sesuatu yang baru. Selain itu, jejaka berusia 24 tahun ini juga berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usahawan di Help University, Kuala Lumpur.

Mister Tourism World merupakan sebuah pertandingan pageant yang dianjurkan oleh sebuah badan pelancongan dari UK yang bekerjasama dengan World Tourism Organisation, World Tourism and Travel Council serta Visit Britain. Edisi pertama pertandingan ini telah diadakan di Vigan City, Filipina pada tahun 2016, edisi kedua di Yangon, Myanmar pada 2017 dan edisi ketiga telah diadakan di Rome, Italy pada Februari 2019.

Malaysia boleh!

Artikel Berkaitan

Back to top button