fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Giant Tabuan Diserbu Pelanggan Sempena Jualan Penutupan

iloveborneo by iloveborneo
7 Februari 2020
Giant Tabuan Diserbu Pelanggan Sempena Jualan Penutupan
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Jualan Penghabisan Stok, Semuanya Ada Diskaun

Giant Tabuan Diserbu Pelanggan Sempena Jualan Penutupan

Giant Tabuan Diserbu Pelanggan Sempena Jualan Penutupan. Berikutan desas-desus penutupan Supermarket Giant di Sabah dan Sarawak, pasaraya tersebut mengadakan jualan mega bermula hari ini. Jualan mega yang diadakan di Pasaraya Giant cawangan Tabuan Jaya/Stutong tersebut menguatkan lagi khabar bahawa syarikat pengendali pasaraya terkemuka tersebut bakal belayar pergi dari Malaysia Timur.

Namun demikian, para netizen dilihat tidak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan membeli belah di pasaraya tersebut sebaik sahaja ia mengumumkan pesta jualan mega. Difahamkan, kesemua barangan yang dijual di pasaraya tersebut dikenakan diskaun sehingga 30%.

ADVERTISEMENT
Giant Tabuan Diserbu Pelanggan Sempena Jualan Penutupan
Giant Tabuan Diserbu Pelanggan Sempena Jualan Penutupan
Giant Tabuan Diserbu Pelanggan Sempena Jualan Penutupan

Menerusi postingan yang dibuat oleh FB Giant Hypermarket Market Tabuan Jaya/Stutong, pasaraya tersebut terus menjadi tumpuan pelanggan sebaik sahaja dibuka.

Barangan yang menjadi tumpuan pelanggan adalah seperti makanan, minuman, keperluan harian seperti detergen dan syampu. Barangan elektrik seperti televisyen dan periuk elektrik juga dijual dengan harga diskaun 20%.

Bagi anda yang tinggal berdekatan Tabuan Jaya dan Stutong, anda boleh mengunjungi pasaraya Giant untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih murah daripada biasa.

ArtikelBerkaitan

Berikut Adalah 10 Kluster COVID-19 Yang Masih lagi Aktif Di Sarawak

Sarawak Akan Lanjutkan PKP Dan PKPB Sehingga 14 Februari 2021

Giant Tabuan Diserbu Pelanggan Sempena Jualan Penutupan

Anda dinasihatkan untuk segera ke sana sebab dengar cerita, ada rak yang dah ‘gondol’ walaupun belum sampai setengah hari jualan.

ADVERTISEMENT

Terdahulu, pengendali pasaraya Giant dikhabarkan bakal meninggalkan pasaran Sabah dan Sarawak bagi tujuan penyusunan semula operasi dan akan menyerahkan operasi pengendalian kepada syarikat tempatan.

Untuk artikel penuh, sila baca di sini : Supermarket Giant Bakal Meninggalkan Sabah dan Sarawak

ADVERTISEMENT
Share11701Tweet41SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy