fbpx
Cerita Borneo

Gigih Hasilkan 80 Meja, Guru Di Sabah Ini Sanggup Bertukang Sendiri Demi Penjarakan Sosial Pelajar

Pengorbanan guru yang jarang anda lihat.

Gigih Hasilkan 80 Meja, Guru Di Sabah Ini Sanggup Bertukang Sendiri Demi Penjarakan Sosial Pelajar. Tidak lama lagi, pelajar sekolah rendah iaitu pelajar Tahun 1 hingga 4 akan memulakan kembali sesi persekolahan iaitu pada 22 Julai 2020.

Walau pun begitu, sesi persekolahan yang akan dibuka ini pastinya berlainan daripada sebelum ini kerana peraturan norma baharu yang diamalkan. Contohnya seperti kelas penjarakan sosial.

Ketiadaan kemudahan serta fasiliti yang lengkap tidak mematahkan semangat guru-guru di sebuah sekolah rendah di Lahad Datu apabila mereka bergotong royong menghasilkan sebanyak 80 buah meja tambahan.

Gigih Hasilkan 80 Meja, Guru Di Sabah Ini Sanggup Bertukang Sendiri Demi Penjarakan Sosial Pelajar
Sumber : Twitter @suryadivic

Perkongsian ini dimuat naik oleh guru sekolah terbabit di laman Twitter nya iaitu @suryadivic. Perkongsian yang membuka mata ini telah mendapat 11.8K tanda suka serta 11.3K ulang kicau.

80 meja agar dapat buat penjarakan sosial pelajar

Menurut Suryadi, persiapan meja tambahan tersebut adalah untuk kegunaan pelajar Tahun 1 yang bakal kembali bersekolah minggu ini. Jika tanpa penjarakan sosial seperti sebelum ini, beberapa orang pelajar akan duduk bersama dan berkongsi sebuah meja panjang.

Dengan adanya meja baharu tersebut, para pelajar akan dapat belajar secara penjarakan sosial dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Gigih Hasilkan 80 Meja, Guru Di Sabah Ini Sanggup Bertukang Sendiri Demi Penjarakan Sosial Pelajar
Sumber : Twitter @suryadivic

Dibantu oleh pekerja pembersihan yang lebih mahir dalam pertukangan

Jelasnya lagi, usaha menghasilkan meja baharu itu telah dibantu oleh pekerja pembersihan sekolah yang lebih mahir dan pakar dalam pertukangan.

Perkongsian tersebut adalah sekadar mahu berkongsi pengalaman dan suasana sekolah tersebut menjelang pembukaan semula sesi persekolahan. Malah, warga sekolah tersebut akan membantu dengan sukarela sekiranya terdapat masa terluang untuk melaksanakan aktiviti sekolah bersama-sama.

Gigih Hasilkan 80 Meja, Guru Di Sabah Ini Sanggup Bertukang Sendiri Demi Penjarakan Sosial Pelajar
Gigih Hasilkan 80 Meja, Guru Di Sabah Ini Sanggup Bertukang Sendiri Demi Penjarakan Sosial Pelajar
Sumber : Twitter @suryadivic

“Saya harap para pelajar kat sekolah situ akan dapat keputusan yang cemerlang,” – Netizen

Kegigihan guru-guru ini disambut baik oleh netizen. Sebahagian besarnya memberikan kata-kata positif serta rangsangan agar para guru lebih bersemangat biar pun terpaksa mengajar semasa musim pandemik ini.

Syabas kepada Cikgu Suryadi, guru-guru dan pekerja pembersihan sekolah tersebut yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk keselamatan anak murid.

Semoga terus maju jaya!

Ini pula kisah guru yang sanggup hantar kerja rumah hingga ke pedalaman :

MAS juga beri diskaun tiket penerbangan sebanyak 20% untuk warga pendidik hingga 10 Ogos ini :

Sumber
Twitter @suryadivic

Artikel Berkaitan

Back to top button