fbpx
Cerita Borneo

Guna Cop Isi Buku Log, Netizen Terhibur Dengan Kebijaksanaan Pak Cik Ini

Buat apa imbas kod QR kalau boleh guna cop

Guna Cop Isi Buku Log, Netizen Terhibur Dengan Kebijaksanaan Pak Cik Ini. Salah satu norma baharu masyarakat lalui kini adalah mengisi buku log dengan butiran peribadi seperti nama, nombor telefon dan suhu badan. Kalau bukan buku log, terdapat beberapa aplikasi seperti Qmunity dan MySejahtera, dimana sebuah kod QR diimbas untuk mengisi butiran berkenaan. Perkara ini dibuat untuk tujuan pengesanan kontak tetapi pak cik ini tampil bijak dengan memudahkan urusan beliau.

Disebalik mengimbas kod QR atau menulis secara manual, pak cik ini memilih untuk menggunakan cop, kaedah yang sangat menjimatkan masa!

Guna Cop Isi Buku Log, Netizen Terhibur Dengan Kebijaksanaan Pak Cik Ini
Guna Cop Isi Buku Log, Netizen Terhibur Dengan Kebijaksanaan Pak Cik Ini

Perkara dikongsi oleh netizen dalam Facebook

Seorang pengguna Facebook kongsikan perkara ini menerusi Facebook yang kini dikongsi sebanyak 18k kali.

Guna Cop Isi Buku Log, Netizen Terhibur Dengan Kebijaksanaan Lelaki Ini
Kredit: Masnita Bt Talib

Menurut beliau, gambar berkenaan dihantar kepada beliau lalui WhatsApp. Difahamkan, pengirim asal berada di KPJ Seremban dan makan di salah satu kafeteria di sana.

“Dua hari dah gua lepak di KPJ Seremban, cafeteria dia boleh tahan juga lah makanannya. Atau mungkin sebab gua malas nak keluar ke Palm Mall.

Tapi tiap kali ambil makanan dan bayar, akak cashier akan suruh customer tulis nama dan nombor telefon dalam buku log.

Tadi, waktu nak bayar dan tulis nama, gua beratur belakang seorang pakcik yang boleh tahan juga berusia gua rasa.”

Asalnya simpati…

Beliau kemudian berkata beliau ingat kembali ibunya yang tidak mengguna telefon bimbit pintar dan terpaksa menulis kat buku.

“Gua terfikir payah juga kalau warga emas macam mak gua yang tak pakai smartphone untuk ke mana2 sebab tak boleh nak scan QR code. Mesti kena tulis nama kat buku, keluar cermin mata dulu dan tulis slow slow, tangan menggigil2….uhhhh…..”

Dengan simpati beliau bayangkan perkara tersebut berlaku kepada pak cik itu.

As per SOP, pak cik itu disuruh untuk menulis nama dalam buku log terbabit. Tetapi apa yang berlaku seterusnya menghiburkan pengirim asal itu.

“Sekali…. jeng jeng jengggg…. pakcik tu seluk poket seluar dan keluarkan satu benda. Cabut sarung.

Pappppp!

Ishak bin Mat Hassan, Batu Kikir, 019-XXXXXXX.”

Paduhal… pak cik itu guna rubber stamp! Pengirim asal pun awal-awal bayangkan pak cik itu akan mengambil masa untuk isikan buku tersebut, rupa-rupanya pak cik itu lagi bijak!

Tak terfikir pula kan guna cop? Semua sibuk guna aplikasi dan tulis secara manual, sedangkan pak cik ini fikir luar kotak guna kaedah old school iaitu cop!

Why not kan? Kalau fikir bilik, kaedah ini lagi menjimatkan masa anda!

Guna Cop Isi Buku Log, Netizen Terhibur Dengan Kebijaksanaan Pak Cik Ini

Baca lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button