fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Guna Helmet Comel Seakan Panda, Rider FoodPanda Di Miri Ini Kini Viral Di Seluruh Malaysia

iloveborneo Oleh iloveborneo
22 Mei 2020
Guna Helmet Comel Seakan Panda, Rider FoodPanda Di Miri Ini Kini Viral Di Seluruh Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Baru betul-betul FoodPanda!

Guna Helmet Comel Seakan Panda, Rider FoodPanda Di Miri Ini Kini Viral Di Seluruh Malaysia. Semalam viral sebuah foto penghantar makanan FoodPanda yang tambil kreatif dengan menggunakan helmet yang seakan akan panda.

Guna Helmet Seakan Panda, Rider FoodPanda Di Miri Ini Kini Viral Di Seluruh Malaysia
Guna Helmet Comel Seakan Panda, Rider FoodPanda Di Miri Ini Kini Viral Di Seluruh Malaysia

Gambar yang mula dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang bernama Rahman Ahamad pada 20 Mei yang lalu terus tular dan kini mendapat sekitar 11 ribu perkongsian setakat ini.

ADVERTISEMENT

Mula tular pada hari pertama jadi rider

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo, rider yang bernama Timothy Liew Jian Yiu itu mengatakan gambar itu tular pada hari pertama beliau berkhidmat sebagai rider foodpanda.

. “Tak sangka hari pertama bertugas sebagai ‘rider’, saya dah buat orang gembira dan tersenyum melihat saya dengan helmet panda tersebut,” jelas Timothy Liew Jian Yiu, 27.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Timothy yang merupakan seorang penggiat seni yang kebiasannya melakukan persembahan di bar bar di sekitar Bandaraya Miri, namun kerana perintah kawalan pergerakan yang tidak membenarkan bar untuk beroperasi maka beliau perlu mencari alternatif pendapatan yang lain.

Helmet milik sendiri

Menariknya, helmet yang digunakan tersebut memang milik Timothy sendiri yang menggunakannya kerana menyukai kecomelan panda. Apabila jadi rider syarikat yang menggunakan panda sebagai ‘maskot’, memang ngam lah padanan tersebut.

ADVERTISEMENT

Gambar yang sama dikongsi di laman twitter dan kini mendapat lebih dari 20ribu retweet dan 35 ribu sukaan.

ni baru betul foodpanda🤩😆 pic.twitter.com/TfsBIM4UMn

— 𝙢𝙖𝙢𝙖𝙣 (@luqmnarsydd_) May 20, 2020

Rata-rata pengguna media sosial tersebut turut memuji kecomelan rider tersebut. Siapa sangka rupa rupanya rider dari Miri, you!

Oh ya, Untuk orang Miri, adakah anda pernah terserempak dengan rider FoodPanda yang comel ini di Miri? Kalau jumpa nanti jangan lupa share share gambar ya.

Oh ya, anda boleh bantu haiwan di Miri. Baca lagi artikel :

Sekolah di Miri ini tampil kreatif dengan menjadikan longkang mereka sebagai kolam ikan koi :

Kepala Kuda Tusan Cliff kini hanya tinggal sejarah :

Share7040Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy