fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Guru Meninggal Akibat COVID-19, Semua Sekolah Di Sabah Diarah Tutup 2 Minggu

Kedung BK Oleh Kedung BK
2 Oktober 2020
Guru Meninggal Akibat COVID-19, Semua Sekolah Di Sabah Diarah Tutup 2 Minggu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai tinggi Kementerian Pendidikan

Guru Meninggal Akibat COVID-19, Semua Sekolah Di Sabah Diarah Tutup 2 Minggu. Terkini, dilaporkan semua sekolah di Sabah akan ditutup selama 2 minggu berikutan kematian seorang guru hari ini (2 Oktober 2020). Kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang pegawai tinggi Kementerian Pendidikan ketika dihubungi The Star.

Guru Meninggal Akibat COVID-19, Semua Sekolah Di Sabah Diarah Tutup 2 Minggu

Kementerian sedang memantau dua sekolah di Terengganu

Pegawai terbabit juga mengatakan bahawa kementerian kini sedang memantau dua sekolah di Terengganu. Sementara itu, pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Dr. Mistrine Radin mengatakan bahawa butiran kematian guru tersebut adalah sulit.

ADVERTISEMENT

Pemeriksaan dengan pihak Hospital Semporna di Sabah telah mengesahkan bahawa seorang guru telah meninggal dunia ketika dirawat di sana.

Menurut seorang kakitangan hospital tersebut yang meminta untuk tidak dinamakan, pengarah hospital itu kini sedang berbincang dengan kementerian mengenai pernyataan.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : Sarawak Negeri Tunggal Yang Belum Dikenakan PKP

18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19

Dr. Mistrine telah mengesahkan bahawa seorang guru lelaki telah meninggal akibat virus tersebut tetapi beliau tidak dapat memberi maklumat lanjut. Menurut beliau, kesemua 50 sekolah dalam daerah tersebut telah ditutup akibat sebuah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang dilaksanakan sehingga 12 Oktober 2020.

ADVERTISEMENT
4 daerah di Sabah kini di bawah pelaksanaan TEMCO yang dikuatkuasakan sejak 29 September 2020. Kredit: Rojak Daily

Antara daerah dalam zon merah

Semporna merupakan antara satu daripada 4 daerah yang dikategorikan zon merah di Sabah. Zon lain ialah Tawau, Lahad Datu, dan Kunak. Kesemua daerah ini kini di bawah PKPD semasa.

Sebanyak 388 kes Covid-19 di Semporna dicatatkan pada 1 Ocktober. Tawau mencatatkan 781 kes, Lahad Datu (304), dan Kunak (149) kes.

ADVERTISEMENT

Lagi di sini:

Source: The Star
Share523Tweet327SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy