fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Hajat Mahu Buang Air Kecil, Tetapi Terjumpa Objek Menyerupai Bom Perang Dunia Kedua

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
5 Januari 2021
Hajat Mahu Buang Air Kecil, Tetapi Terjumpa Objek Menyerupai Bom Perang Dunia Kedua
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki menemui bom ketika hendak membuang air kecil di Pantai Tanjung Lobang.

Hajat Mahu Buang Air Kecil, Tetapi Terjumpa Objek Menyerupai Bom Perang Dunia Kedua. Seorang lelaki dikejutkan dengan penemuan satu objek menyerupai bom ketika mahu membuang air kecil di kawasan Pantai Tanjung Lobang, Miri semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung penemuan tersebut.

“Sebaik menerima laporan itu, pihak polis segera menghantar Unit Skuad Bom untuk ke lokasi tersebut untuk menyiasat.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Hajat Mahu Buang Air Kecil, Tetapi Terjumpa Objek Menyerupai Bom Perang Dunia Kedua
Hajat Mahu Buang Air Kecil, Tetapi Terjumpa Objek Menyerupai Bom Perang Dunia Kedua

Objek itu menyerupai bom lama

“Siasatan awal mendapati objek itu menyerupai bom lama. Kita hanya dapat sahkan sama ada ia bom atau bukan keesokan hari memandangkan kawasan itu sekarang ditenggelami air pasang,” kata beliau petang semalam.

Sementara itu, lelaki tersebut memaklumkan beliau terjumpa objek yang menyerupai bom itu ketika hendak membuang air kecil kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam.

Hajat Mahu Buang Air Kecil, Tetapi Terjumpa Objek Menyerupai Bom Perang Dunia Kedua

Penemuan yang mengejutkan

Terkejut dengan penemuan itu, beliau menghubungi Ketua Peronda Jawatankuasa Penduduk (JKP) Miri, Malateh Mahmud untuk membuat pemeriksaan yang lebih lanjut.

Malateh ketika ditemui berkata, objek tersebut sememangnya menyerupai bom mortar yang dipercayai peninggalan Perang Dunia yang Kedua.

Pihaknya kemudian menghubungi Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk tindakan selanjutnya.

Kredit: UtusanBorneo

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy