fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Hampir Cecah 200 Kes Positif Hari Ini, Kluster Benteng Di Sabah Jadi Penyumbang Terbesar

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
11 September 2020
Hampir Cecah 200 Kes Positif Hari Ini, Kluster Benteng Di Sabah Jadi Penyumbang Terbesar
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Angka kes tertinggi sejak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Hampir Cecah 200 Kes Positif Hari Ini, Kluster Benteng Di Sabah Jadi Penyumbang Terbesar. Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan sebanyak 182 kes positif baharu yang dicatatkan di seluruh Malaysia hari ini.

Angka ini merupakan angka yang tertinggi dicatatkan sejak PKPP yang dilaksanakan sejak 10 Jun yang lalu.

ADVERTISEMENT

167 kes merupakan Kluster Benteng Sabah

Daripada jumlah tersebut, sejumlah besarnya adalah daripada Kluster Benteng di Lahad Datu, Sabah yang melibatkan 76 kes positif warganegara dan 91 kes positif bukan warganegara.

Kluster Benteng di Lahad Datu berpunca daripada dua kes indeks yang memasuki sempadan Malaysia ke Sabah secara haram melalui laluan tikus.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT
Hampir Cecah 200 Kes Positif Hari Ini, Kluster Benteng Di Sabah Jadi Penyumbang Terbesar
Hampir Cecah 200 Kes Positif Hari Ini, Kluster Benteng Di Sabah Jadi Penyumbang Terbesar. Gambar hiasan.

Kedua-dua kes indeks tersebut telah ditahan dalam sebuah operasi yang dinamakan operasi Benteng yang membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin. Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan dipenjara di Tawau.

Menurut kenyataan DG Hisham pada 7 September yang lalu, faktor ruang lokap yang sempit dan tiada penjarakan fizikal merupakan punca utama penularan Kluster Benteng ini. Kluster ini juga telah menjalankan saringan terhadap 631 banduan, 98 orang kakitangan penjara, 157 ahli keluarga kakitangan dan banduan, 78 anggota polis, serta 440 pegawai agensi kerajaan yang lain.

ADVERTISEMENT

Pertambahan kes untuk Kluster Sungai dan Kluster Telaga di Kedah

Sementara itu, Kedah turut mencatatkan pertambahan kes untuk dua kluster iaitu Kluster Sungai dengan 11 kes warganegara dan Kluster Telaga dengan 3 kes warganegera.

Selangor juga merekodkan 1 kes import bukan warganegara yang baru tiba dari Filipina.

Sumber : KKM

Secara keseluruhannya, Malaysia mencatatkan 9,810 kes manakala sebanyak 9,181 kes sembuh direkodkan setakat hari ini.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dan sentiasa mengamalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan serta menjaga penjarakan fizikal bagi mengelakkan penularan semula pandemik.

Artikel berkaitan :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy