fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Hantar Gambar Baru Dapat Bantuan, Pasangan Tua Ini Hidup Tanpa Kemudahan Elektrik Dan Air

Kedung BK Oleh Kedung BK
17 November 2020
Hantar Gambar Baru Dapat Bantuan, Pasangan Tua Ini Hidup Tanpa Kemudahan Elektrik Dan Air
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Pasangan yang tinggal di Batang Ai

Hantar Gambar Baru Dapat Bantuan, Pasangan Tua Ini Hidup Tanpa Kemudahan Elektrik Dan Air. Seorang pengguna Twitter @joxxana berkongsi WhatsApp Story rakannya melalui akaun Twitternya, menunjukkan rakannya mengunjungi pasangan tua yang telah tinggal tanpa kemudahan asas setelah sekian lama.

Menurut rakannya, iaitu Umeng Ismail, beliau melawat sepasang suami isteri, di mana si isteri berusia 80-an dan buta sementara suaminya, yang juga seusia dengan isterinya, menjaganya. Yang lebih menyayatkan hati, kedua-dua suami isteri itu telah hidup tanpa kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik dan terpaksa bergantung kepada air sungai dan kayu api.

ADVERTISEMENT
Hantar Gambar Baru Dapat Bantuan, Pasangan Tua Ini Hidup Tanpa Kemudahan Elektrik Dan Air

Hidup tanpa cahaya dan air bersih

Beberapa gambar yang dikongsi oleh @joxxana dari Umeng Ismail menunjukkan bahawa pasangan itu tinggal di sebuah pondok kayu kecil yang dipercayai berada di dalam hutan dan di tebing sungai.

terbaca whatsapp story. tiba tiba mata masuk debu pic.twitter.com/GlKvghcu90

— ً (@joxxanna) November 16, 2020

Umeng sangat sedih dengan keadaan pasangan itu sehingga beliau tidak dapat berhenti menangis. Yang lebih menyedihkan adalah ketika beliau bertanya apa yang mereka mahu, pasangan itu hanya mempunyai satu permintaan iaitu buah-buahan kerana mereka sudah lama tidak memakan buah-buahan.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT
Umeng menangis ketika melihat keadaan pasangan itu. Kredit: Twitter

Ketika ditanya oleh @joxxana adakah pasangan itu telah meminta bantuan, Umeng menjawab bahawa mereka sudah memohon tetapi diminta untuk menghantar gambar, baru hanya mereka akan menerima bantuan.

Namun, oleh kerana pasangan itu tidak mempunyai telefon bimbit dan capaian internet/panggilan tidak kuat, mereka tidak dapat melakukan seperti yang diminta.

ADVERTISEMENT

dah try minta bantuan kerajaan tapi pekerja goverment minta sediakan gambar. Diorang phone pun takda.

p/s: bahasa sarawak (belah laut) pic.twitter.com/sFPfRirdMA

— ً (@joxxanna) November 16, 2020

Penjelasan Umeng mengenai mengapa pasangan tua tidak dapat mendapatkan bantuan, tak menghairankan, mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat.

Berikut adalah antara komen netizen yang berkongsi gambar ini:

bodoh apa orang mintak bantuan nak gmbar? takleh datang tngok ke apa ke? KALAU ORANG TU MAMPU AMBIK GMBAR BUATPE MINTAK BANTUAN ALAMAK https://t.co/uBnXLrXnOT

— Yayan (@yayanjonathan) November 16, 2020

This is the problem here.. kenapa perlu minta gambar kalau the government it self tak hantar wakil untuk turun padang tengok sendiri??? Ha tak lama lagi mesti Ustaz Ebit juga yang kasi bantuan. https://t.co/0vz8TlXlFy

— An-Nur 🕊🇲🇾 (@_annurayob) November 16, 2020

Kenaklah sik turun padang nangga?? Mun sik mok pegi agak pun at least polah laporan kah apa kah suruh org lain haishhhhhhh bencik ku! Tedah daknya org susah pitok mintak bantuan pun bnyk songeh kerajaan https://t.co/M2PNPGPb7V

— aini (@mrsSf9) November 16, 2020

Orang susah minta bantuan, kemain nak suruh bagi gambar. Orang mintak pengesahan cukai taksiran je pun, beria pulak nak pergi site. Tak semua tapi segelintir perangai macam ni. https://t.co/4CPfY4fCde

— Ayin-oi.™ 🇲🇾 (@nurulainhafizah) November 16, 2020

Bantuan untuk membantu mereka

@joxxana berkongsi kenalan bagi mereka yang berminat untuk menolong pasangan ini. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, anda boleh menghubungi Wan Uras Yida di Facebook atau hubunginya melalui nombor di 016-591 9755.

Menurut Umeng, lelaki ini mengendali sebuah kedai makan di Lubok Antu dan akan menghantar sedekah ke orang susah di sekitar Lubok Antu dan Sri Aman pada setiap bulan.

Since ada yang tanya, kalau korang nak hulurkan bantuan. boleh contact no phone or contact facebook ni.

Tuan punya fb ni selalu turun bagi sedekah ke kawasan Lubuk Antu sarawak 🙏🏻https://t.co/ROaE1XTfA0 pic.twitter.com/nXbTShzWcj

— ً (@joxxanna) November 16, 2020

Anda juga boleh menderma terus ke akaun bank ini milik Wan:

siapa nak sumbangkan bantuan, boleh ke no account ni.

Wan ni owner kedai makan & dia setiap bulan turun hantar sedekah dekat orang susah sana.

ni facebook dia untuk tengok aktiviti dia https://t.co/ROaE1XTfA0 pic.twitter.com/XCae5KjHBs

— ً (@joxxanna) November 16, 2020

7034443216 – Wan Huzaimi Bin Wan Azami (CIMB), Tabung Kebajikan NLA.

Semoga kehidupan pasangan ini dipermudahkan selepas ini. Segala pertolongan anda akan dihargai, tidak kira besar atau kecil.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy