fbpx
Cerita Borneo

Hanya Suspek, Bukan Sah Wuhan Coronavirus Di Bintulu

Maka bermulalah penularan info yang kurang tepat lagi

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan situasi terkini mengenai status virus Wuhan Coronavirus di Malaysia. Antara intipati sidang media tersebut adalah mengenai satu kes yang dikatakan terjadi di Bintulu.

Namun begitu, tular pula sebuah headline yang mengatakan kes tersebut disahkan di Bintulu, sedangkan ianya hanya suspek yang kini diletakkan dikuarantin bagi menunggu laporan rasmi dari makmal.

Hanya Suspek, Bukan Sah Wuhan Coronavirus Di Bintulu

Namun begitu, menurut keterangan sebenar dari sidang media yang dilakukan tadi adalah pesakit hanya suspek virus wuhan coronavirus kerana dikatakan baru balik dari tanah besar China pada 11 Januari lalu. Beliau juga pergi ke hospital selepas dikatakan demam. Keadaannya pula dikatakan masih stabil. Anda boleh rujuk artikel ini : Health Ministry awaiting coronavirus lab result on woman in Bintulu

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia :

Dzulkefly Ahmad berkata, individu berkenaan pada ketika ini sedang menerima rawatan dan dalam jagaan rapi di Hospital Bintulu dan berada dalam keadaan stabil.

“Kita baru terima berita berkenaan dan saya bercakap langsung dengan pengarah kesihatan Sarawak. Memang ada dan suspek berkenaan sudah berada dalam pemerhatian.

“Kita menunggu laporan makmal. Pesakit berkenaan berada dalam keadaan stabil,” katanya pada satu sidang media selepas mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KLIA2 di sini, hari ini.

Menurut Dzulkefly, perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah terkini suspek yang mempunyai simptom novel koronavirus (2019-nC0V) dan mendapat rawatan adalah seramai 5 orang, yang kesemuanya warganegara China.

“Seorang di Bintulu, 2 orang kanak-kanak di Hospital Langkawi dan 2 orang kanak-kanak lagi di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Kes Wuhan Coronavirus di Malaysia masih kekal 4 setakat ini.

Baca Artikel Kami Mengenai Virus Wuhan Coronavirus Di Malaysia

http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/senarai-berita-palsu-berkenaan-virus-corona-wuhan-setakat-ini/
http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/ambil-kesempatan-jual-produk-selepas-tular-berita-palsu-virus-wuhan-coronavirus-di-bintulu/

Artikel Berkaitan

Back to top button