fbpx
Cerita Borneo

“Harap Semua Bersabar,” POS Malaysia Dedahkan Video Parcel Bertimbun Di KLIA

Pelanggan dan Seller diharapkan bersabar

“Harap Semua Bersabar,” POS Malaysia Dedahkan Video Parcel Bertimbun Di KLIA. Menurut satu video yang dikongsi oleh pengguna Twitter ini, ia menunjukkan bungkusan-bungkusan ditempah oleh pelanggan sepanjang PKP yang bertimbun di KLIA. Video yang tular itu telah dikongsi beribu kali dalam Twitter dan raih simpati netizen yang kesian terhadap pekerja Pos Laju akibat workload yang maksimum.

"Harap Semua Bersabar," POS Malaysia Dedahkan Video Parcel Bertimbun Di KLIA
“Harap Semua Bersabar,” POS Malaysia Dedahkan Video Parcel Bertimbun Di KLIA

Menerima sebanyak 600,000 bungkusan sehari

Sebagai konteks, video tersebut menunjukkan parcel-parcel pelanggan bertimbun di hub KLIA dan menjawabkan persoalan pelanggan dan seller mengapa tempahan mereka masih tersangkut.

https://twitter.com/kaymanbeaustore/status/1255432216148152321
Video yang dimuatnaik dalam Twitter mendedahkan parcel pelanggan bertimbun di KLIA. Kredit: Twitter

Pos Malaysia Berhad turut menjelaskan keadaan melalui Twitter mereka dengan berkata mereka telah menerima sebanyak 600,000 parcel sehari sepanjang PKP dilanjutkan dan kakitangan mereka berusaha dalam tugasan mereka bagi memastikan parcel dihantar kepada penerima.

Pos Malaysia Berhad menjelaskan situasi tersebut dan berharap pelanggan bersabar. Kredit: Twitter

“Namun, waktu operasi kami mematuhi garis panduan PKP. Kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk menghantar barang anda dan berharap anda dapat bersabar. Kerjasama anda sangat dihargai.” mereka tambah lagi.

Tugas yang mencabarkan

600,000 bungkusan dalam sehari bukan sedikit oh! Difahamkan kurier lain pun mempunyai masalah yang lebih kurang sama, lagi-lagi sekarang banyak orang order dari online kerana tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli barang yang diinginkan. Seperti di mana pelanggan terhad keluar dari rumah, pekerja kurier pun mempunyai masa terhad atas sebab mengikut garis panduan waktu operasi PKP.

Harap-harap semua boleh memberi kerjasama dan fahamkan situasi kurier masing-masing yang kini menghadapi maksimum kapasiti, lebih daripada biasa. On a side note, sekiranya anda memiliki van dan ingin mendapatkan sumber pendapatan sampingan, anda boleh mendaftar dengan Pos Malaysia untuk membantu dalam penghantaran bungkusan yang tersekat!

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close