fbpx
Cerita Borneo

Hotel Bertemakan Bruce Lee Yang Pertama Di Dunia Akan Dibuka Di Sabah

Adakah anda peminat Bruce Lee? Tidak lama lagi anda akan dapat merasai pengalaman hotel bertemakan beliau

Hotel Bertemakan Bruce Lee Yang Pertama Di Dunia Akan Dibuka Di Sabah. Hotel yang diberi nama sebagai Echarm Plus Hotel itu akan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan Thema City, sebuah projek berhampiran dengan ITCC. Projek yang bernilai RM1 Billion itu merupakan projek integrasi pembangunan pelancongan yang akan dibangunkan dalam 3 fasa di mana Thema City akan menjadi tumpuan utama termasuk hotel bertemakan Bruce Lee yang pertama di dunia.

Hotel Bertemakan Bruce Lee Yang Pertama Di Dunia Akan Dibuka Di Sabah
Kredit : Nelsonn Woon

Projek Pembangunan Thema City akan menekankan pelbagai tema antaranya street mall D60 yang akan menjadi food street yang terbesar di Kota Kinabalu. Ianya akan dibina berdasarkan sejarah senibina bangunan di Kota Kinabalu pada tahun 1960. Selain itu terdapat juga sebuah Co Living yang dipanggil sebagai Zeni Suites dan macam macam lagi.

Hotel Bertemakan Bruce Lee Yang Pertama Di Dunia Akan Dibuka Di Sabah
Hotel Bertemakan Bruce Lee Yang Pertama Di Dunia Akan Dibuka Di Sabah

Lebih menarik lagi, sebuah coffee lounge yang akan dinamakan sebagai The Dragon juga akan bertemakan Bruce Lee. Fuh, mesti dapat rasa vibe Kung Fu kalau pergi ke sini nanti kan?

Echarm Plus Hotel ini juga akan mengambil tenaga kerja tempatan sebanyak 80% (minimum) ,lantas memberi peluang pekerjaan selain daripada dapat menunjukkan kepada dunia luar mengenai real treasure of Sabah.

Sabah sememangnya tempat yang menarik untuk dilawati.

Baca lagi artikel kami di sini : Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood, Trail Berbunga Bukit Piniapat Tarikan Terbaru di Sabah

Artikel Berkaitan

Back to top button