fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Hotel Di Langkawi Tawar Penginapan Percuma Selama 6 Bulan Untuk Frontliners

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
7 Jun 2020
Hotel Di Langkawi Tawar Penginapan Percuma Selama 6 Bulan Untuk Frontliners
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Hadiah Untuk Staf KKM, Anggota Keselamatan Dan Petugas Media.

Hotel Di Langkawi Tawar Penginapan Percuma Selama 6 Bulan Untuk Frontliners. Sejak penularan wabak yang berlaku di seluruh dunia, para petugas barisan hadapan atau ‘frontliners’ telah bekerja siang dan malam untuk mengekang penularan wabak. Usaha yang tidak mengira penat dan lelah ini telah berjaya menyelamatkan nyawa manusia daripada jangkitan penyakit tersebut walaupun belum menemui penawar.

Oleh itu, bagi menghargai pengorbanan mereka, 7 hotel di Langkawi mengumumkan untuk memberi pakej penginapan percuma kepada petugas barisan hadapan di seluruh Malaysia.

ADVERTISEMENT

Pemberian pakej ini akan berlangsung selama 6 bulan setelah tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut jurucakap pengusaha hotel dan produk pelancongan di Langkawi, Razmi Rahmat, tawaran tersebut sah sebaik sahaja PKPB ditamatkan.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT
Hotel Di Langkawi Tawar Penginapan Percuma Selama 6 Bulan Untuk Frontliners
Hotel Di Langkawi Tawar Penginapan Percuma Selama 6 Bulan Untuk Frontliners

Dapat Tiket Masuk Percuma Ke Tempat Pelancongan Utama Serta Aktiviti Menarik

Bukan itu sahaja, mereka juga akan diberikan tiket masuk percuma ke Taman Hidupan Liar Langkawi, menaiki kereta kabel dan pelayaran mewah sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

Hotel Di Langkawi Tawar Penginapan Percuma Selama 6 Bulan Untuk Frontliners
Hotel Di Langkawi Tawar Penginapan Percuma Selama 6 Bulan Untuk Frontliners

Barisan petugas hadapan yang layak menerima ‘hadiah’ ini terdiri daripada seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia, anggota keselamatan serta petugas media. Ini bagi memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah berjaya mengekang penularan wabak dari segi perawatan dan penjagaan kesihatan, keselamatan serta laporan berita kepada orang awam tanpa jemu.

ADVERTISEMENT

Hanya Perlu Tunjuk Kad Perakuan Jabatan

Menerusi sidang media yang diadakan di Hotel Adya Langkawi, Razmi yang juga merupakan pengurus besar HAL turut memberitahu bahawa petugas barisan hadapan yang ingin menikmati tawaran tersebut hanya perlu mengemukakan kad perakuan jabatan masing-masing semasa ketibaan.

Ujarnya lagi, 400 bilik hotel yang berstatus 3 hingga 4 bintang telah tersedia di sekitar pekan Kuah dan Pantai Chernang untuk penginapan percuma tersebut.

Hotel Di Langkawi Tawar Penginapan Percuma Selama 6 Bulan Untuk Frontliners

Walau bagaimanapun, petugas hadapan yang ingin membuat tempahan disarankan untuk peka dengan sebarang pengumuman di laman Facebook berkaitan tawaran tersebut yang akan dibangunkan dalam masa terdekat.

Terima kasih ‘frontliners’!

Lihat juga tempat pelancongan yang boleh menenangkan fikiran anda di Sarawak dan Sabah :

SUMBER : Berita Harian
Share40205Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy