fbpx
Cerita Borneo

IIBR Israel Berjaya Temui Antibodi Yang Meneutralkan Virus COVID-19

Perkembangan terbaharu

IIBR Israel Berjaya Temui Antibodi Yang Meneutralkan Virus COVID-19. Terkini dilaporkan The Israel Institute for Biological Research (IIBR) telah mengenal pasti antibodi yang meneutralkan SARS-CoV-2 (Covid-19). Pernyataan ini diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Israel.

IIBR Israel Berjaya Temui Antibodi Yang Meneutralkan Virus COVID-19
IIBR Israel Berjaya Temui Antibodi Yang Meneutralkan Virus COVID-19

Mempunyai tiga parameter utama

Mengenai perkembangan terbaharu ini, terdapat tiga parameter utama iaitu antibodi terbabit adalah monoklonal, baru dan halus, dan mengandungi bahagian protein berbahaya yang sangat rendah; institut tersebut telah menunjukkan kemampuan antibodi untuk meneutralkan Covid-19; dan antibodi diuji secara khusus pada coronavirus agresif.

Menurut Menteri Pertahanan, Naftali Bennett, beliau berkata

“Berdasarkan penerbitan saintifik yang komprehensif dari seluruh dunia, nampaknya IIBR adalah institusi pertama yang mencapai kejayaan isaintifik yang memenuhi ketiga-tiga parameter yang dinyatakan di atas secara serentak.”

IIBR kini berusaha untuk mempatenkan antibodi dan mendapatkan kontrak untuk pengembangan komersilnya. Semua prosedur undang-undang akan diselaraskan dengan Kementerian Pertahanan.

“Ini adalah sebuah langkah yang penting, yang akan diikuti oleh serangkaian ujian kompleks dan proses persetujuan peraturan. Sehubungan dengan ini, para saintis di institut ini percaya bahawa sifat perkembangan ini mampu memendekkan proses (yang dapat berlangsung selama beberapa bulan,” kata beliau lagi.

Israel Defense Minister Wants 1 Million Israelis in West Bank ...
Menteri Pertahanan Israel, Naftali Bennet mengumumkan perkembangan terbaharu IIBR mengenai proses pencarian penawar Covid-19. Kini, semua farma major di seluruh dunia berlumba mencari vaksin virus tersebut. Kredit; Bloomberg

Menyertai pelawanan terhadap wabak sejak awal tahun

Bulan lalu, IIBR mengumumkan bahawa mereka telah mula menguji prototaip vaksin COVID-19 terhadap tikus. Institut ini diminta oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, secara peribadi untuk bergabung dalam memerangi wabak Covid-19 pada awal bulan Februari. Institut ini juga terlibat dalam pengumpulan plasma dari orang-orang yang telah pulih daripada Covid-19, dengan harapan ini dapat membantu penyelidikan.

IIBR bukan satu-satunya pasukan penyelidik Israel yang telah berkongsi kemajuan dalam usaha mengembangkan vaksin atau rawatan untuk Covid-19. MigVax, affiliate Institut Penyelidikan Galilea MIGAL, baru-baru ini melaporkan bahawa mereka pun hampir menyelesaikan fasa pertama pengembangan vaksin Covid-19.

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button