fbpx
Cerita Borneo

Ikuti Langkah Ringkas Ini Untuk Memohon Insentif Ibu Bersalin (IIB) Di Sarawak

Satu Lagi Berita Baik Buat Ibu Bersalin di Sarawak!

Ikuti Langkah Ringkas Ini Untuk Memohon Insentif Ibu Bersalin (IIB) Di Sarawak
Ikuti Langkah Ringkas Ini Untuk Memohon Insentif Ibu Bersalin (IIB) Di Sarawak

Ikuti Langkah Ringkas Ini Untuk Memohon Insentif Ibu Bersalin (IIB) Di Sarawak. Selain daripada pengumuman inisiatif Kenyalang Gold Card (KGC) beberapa hari yang lalu, terdapat satu lagi berita baik untuk rakyat Sarawak. Kali ini, bakal-bakal ibu yang berstatus anak Sarawak boleh memohon bantuan Insentif Ibu Bersalin (IIB). Inisiatif ini berkuat kuasa bermula 1 Janurai 2020 dan boleh mula dipohon seawal usia kandungan mencecah 22 minggu. Untung eh!

Untuk makluman anda, inisiatif ini merupakan salah satu perkara yang telah diusulkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abang Jo, dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020. Inisiatif Ibu Bersalin (IIB) merupakan inisiatif tambahan kepada Endowment Fund Sarawak (EFS) yang memberikan RM1,000 kepada setiap bayi yang dilahirkan oleh ibu rakyat Sarawak. Ini bermakna seorang bakal ibu yang melahirkan bayi akan menerima kedua-dua insentif tersebut sekiranya mereka memohon.

Penerima Endowment Fund (EF) selepas dilancarkan pada tahun 2019. Kredit : Zulazhar Sheblee via The Star

Untuk setiap permohonan, para ibu bakal menerima insentif sebanyak RM450.00 secara ansuran bagi tempoh 3 bulan selepas bersalin.

Anda layak untuk menerima insentif ini sekiranya anda;

  • Warganegara Malaysia pemegang MyKad berstatus “K”
  • Ibu pemegang MyKad berstatus “K”
  • Isteri pemegang MyKad berstatus “K”
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak
  • Kandungan ibu hendaklah mencapai usia 22 minggu dan ke atas

Bagaimana Untuk Memohon Insentif Ini?

Untuk artikel kali ini, kami sediakan panduan ringkas step-by-step untuk anda memohon insentif ini. Senang sahaja.

1. Untuk Permohonan Secara Manual

  • Muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Insentif Ibu Bersalin (IIB) di laman sesawang Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak atau;
  • Dapatkan borang secara hardcopy di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen / Pejabat Daerah / Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK
  • Isi maklumat pemohon, butiran bank, butiran pasangan/penjaga, serta pengesahan pegawai perubatan yang boleh mengesahkan usia kehamilan anda.
  • Jika anda telah bersalin, biarkan kosong untuk ruangan pengesahan pegawai perubatan dan rujuk urus setia yang bertugas semasa penghantaran borang untuk pengesahan lanjut.
  • Lampirkan salinan dokumen sokongan seperti dalam senarai semak borang (mukasurat 4). Pastikan salinan tersebut telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan/Ketua Kaum/Ketua Masyarakat
  • Borang telah lengkap diiisi hendaklah dihantar ke Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK di Bangunan Baitulmakmur, Kuching A.K.A MASJA.

2. Untuk Permohonan Atas Talian (Online)

Jika anda masih kurang pasti, anda boleh merujuk carta alir permohonan ini.

Ikuti Langkah Ringkas Ini Untuk Memohon Insentif Ibu Bersalin (IIB) Di Sarawak
Ikuti Langkah Ringkas Ini Untuk Memohon Insentif Ibu Bersalin (IIB) Di Sarawak

“Saya Sudah Bersalin, Adakah Saya Masih Layak Memohon?”

Ya. Anda masih layak untuk memohon insentif ini sekiranya anda bersalin pada tahun 2020. Permohonan boleh dibuat oleh para ibu yang mengandung seawal usia kandungan 22 bulan sehingga 3 bulan selepas bersalin pada tahun kuat kuasa. Jadi, iboh bingong, okay?

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan permohonan ini, anda boleh terus menghubungi pihak urus setia di talian 082-311340 / 082-311718, faks di talian 082-440316 atau emelkan pertanyaan anda ke [email protected] / [email protected]

Tahniah kepada para ibu dan bakal ibu tahun 2020!

Artikel Berkaitan

Back to top button