fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ikuti Panduan Ringkas Permohonan Bantuan Darurat Tabung Baitulmal Sarawak

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
20 April 2020
Ikuti Panduan Ringkas Permohonan Bantuan Darurat Tabung Baitulmal Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Hanya Perlu Muat Turun Aplikasinya Sahaja.

Ikuti Panduan Ringkas Permohonan Bantuan Darurat Tabung Baitulmal Sarawak. Di musim PKP yang menghambat ini, tentu ramai golongan yang kurang bernasib baik sedang menghadapi kesempitan untuk meneruskan kehidupan. Oleh yang demikian, Tabung Baitulmal Sarawak telah mengambil inisiatif untuk melancarkan sebuah medium bantuan untuk mereka yang benar-benar memerlukan.

Menariknya, anda hanya perlu mengemukakan permohonan menerusi aplikasi di telefon bimbit anda sahaja.

ADVERTISEMENT

Aplikasi Bantuan Darurat TBS merupakan sebuah aplikasi yang diwujudkan khas oleh Tabung Baitulmal Sarawak untuk mereka yang memerlukan memohon bantuan khas COVID-19 dengan cepat.

Baca juga panduan permohonan rayuan Bantuan Sarawakku Sayang di sini :

Aplikasi terbaru ini merupakan penambah baikan daripada aplikasi Jejak Asnaf sebelum ini.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, Jejak Asnaf diwujudkan untuk mengumpul maklumat pemohon asnaf, namun akibat kekangan maklumat yang tidak lengkap serta ia mengambil masa yang lama untuk menyalurkan bantuan. Oleh yang demikian, permohonan melalui aplikasi ini pula berupaya untuk memberi jawapan secara automatik sama ada anda layak menerima bantuan atau sebaliknya. Ia kemudian membolehkannya bantuan anda dikreditkan terus ke akaun bank yang berdaftar.

Ikuti Panduan Ringkas Permohonan Bantuan Darurat Tabung Baitulmal Sarawak
Ikuti Panduan Ringkas Permohonan Bantuan Darurat Tabung Baitulmal Sarawak

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :

ADVERTISEMENT
  • Beragama Islam
  • Berasal dari Sarawak
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Permohonan untuk keluarga hanya boleh dilakukan oleh ketua keluarga sahaja

Untuk pengetahuan anda, individu yang berkeluarga (permohonan melalui ketua keluarga sahaja) layak menerima bantuan sebanyak RM 250.00 manakala individu bujang yang terputus punca pendapatan layak mendapat bantuan sebanyak RM 100.00 secara one-off.

Ikuti panduan mudah ini untuk membuat permohonan;

1. Layari laman web http://daruratapp.tbs.org.my/

2. Sebelum memuat turun aplikasi tersebut, sila baca cara pemasangan aplikasi bagi memastikan ia berfungsi dengan baik di telefon bimbit anda.

Ikuti Panduan Ringkas Permohonan Bantuan Darurat Tabung Baitulmal Sarawak

3. Muat turun aplikasi tersebut dengan menekan “Muat Turun (Android)”

4. Daftar dengan mengisi maklumat yang lengkap dan ikut langkah yang diarahkan. Jawab soalan yang dikemukakan dengan jujur. InsyaAllah, jika rezeki anda, anda akan terus mendapatkan keputusan permohonan anda sama ada anda layak atau sebaliknya.

Ikuti Panduan Ringkas Permohonan Bantuan Darurat Tabung Baitulmal Sarawak

Setelah anda selesai mendaftar, pastikan anda sentiasa ‘KEMASKINI’ maklumat anda menerusi aplikasi tersebut bagi memudahkan pemprosesan dan kelulusan segera. Status keputusan permohonan anda akan terus terpapar sekiranya anda berbuat demikian.

Maklumat yang tidak dikemaskini boleh menyebabkan permohonan anda tidak dapat diproses.

Bagi mereka yang pernah memohon sebarang bantuan Tabung Baitulmal Sarawak sebelum ini namun belum mendapat maklum balas, anda boleh mendaftar semula melalui aplikasi Bantuan Darurat TBS ini bagi mendapatkan keputusan serta merta.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi Ibu Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak di talian 082 682861 dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Talian dibuka pada jam 9.30 pagi hingga pagi 1 petang dan 2 petang hingga 4.30 petang.

Share179Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy