fbpx
Cerita Borneo

Individu Misteri Derma Mesin PCR Bernilai RM148 Ribu Untuk Hospital Sibu

Mesin itu akan membenarkan Hospital Sibu menjalankan ujian PCR tanpa perlu menghantar sampel ke Kuching

Individu Misteri Derma Mesin PCR Bernilai RM148 Ribu Untuk Hospital Sibu. Sumbangan daripada penderma yang enggan dikenali itu dibuat melalui Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapa’ee yang menyerahkan peralatan tersebut kepada Pengarah Hospital Sibu, Dr Mohamad Ng Siah Huat.

Individu Misteri Derma Mesin PCR Bernilai RM148 Ribu Untuk Hospital Sibu
Individu Misteri Derma Mesin PCR Bernilai RM148 Ribu Untuk Hospital Sibu

Mesin ini akan dijadikan sebagai unit tambahan untuk Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sibu

Sumbangan individu berhati mulia itu akan dijadikan unit tambahan untuk Pusat Penyelidikan Klinikan Hospital Sibu, menjadikan pusat tersebut kini dilengkapi oleh 2 unit mesin berkenaaan. Ini secara tidak langsung meningkatkan lagi kemampuannya untuk menjalankan ujian COVID019. Difahamkan juga mesin tersebut diterbangkan dari Kuala Lumpur.

Mengelakkan Risiko Mesin Breakdown

Dr Annuar Rapa’ee ketika dipetik dalam satu laporan mengatakan dengan adanya mesin ini baharu ini, ianya akan mengurangkan risiko breakdown.

“Takut ada breakdown (kerosakan) jadi perlu ada dua unit. Terima kasih kepada hamba Allah yang menderma,”

Dr Annuar Rapa’ee

Terima Kasih Individu Berhati Mulia!

Wabak COVID19 yang melanda kita nyata menunjukkan the worst and the best of people . Walau ada kes individu yang melanggar perintah kawalan pergerakan dan sebagainya, masih ramai lagi insan berhati mulia di luar sana yang menginfakkan harta mereka bagi membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan juga mengumpul dana bagi membantu petugas barisan hadapan. Semoga usaha dan sumbagan anda semua diberkati-NYA

Artikel Berkaitan

Back to top button