fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Indonesia, Bangladesh Antara 23 Negara Yang Disekat Untuk Masuk Ke Malaysia Mulai 7 September

Kedung BK Oleh Kedung BK
7 September 2020
Indonesia, Bangladesh Antara 23 Negara Yang Disekat Untuk Masuk Ke Malaysia Mulai 7 September
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Berkuat kuasa mulai 7 September, pemegang pas jangka panjang dari 23 negara dilarang masuk Malaysia

Indonesia, Bangladesh Antara 23 Negara Yang Disekat Untuk Masuk Ke Malaysia Mulai 7 September. Terkini, dilaporkan Malaysia mengenakan larangan masuk dari 23 negara mulai hari ini (7 September 2020).

Pemegang pas jangka panjang dari 23 negara yang mencatatkan lebih daripada 150,000 kes Covid-19 dilarang memasuki Malaysia.

ADVERTISEMENT
Indonesia, Bangladesh Antara 23 Negara Yang Disekat Untuk Masuk Ke Malaysia Mulai 7 September

Indonesia, Bangladesh, UK antara negara yang disekat

Menurut senarai yang dimuat naik oleh Jabatan Imigresen Malaysia menerusi Facebook rasmi mereka, berikut adalah senarai negara yang tidak dibenarkan masuk Malaysia:

Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia
  • Amerika Syarikat
  • Brazil
  • India
  • Rusia
  • Peru
  • Colombia
  • Afrika Selatan
  • Mexico
  • Sepanyol
  • Argentina
  • Chile
  • Iran
  • United Kingdom
  • Bangladesh
  • Arab Saudi
  • Pakistan
  • Perancis
  • Turki
  • Itali
  • Jerman
  • Iraq
  • Filipina
  • Indonesia

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat satu pengumuman pada 1 September lalu

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan larangan masuk pemegang pas lawatan jangka panjang dari India, Indonesia dan Filipina mulai hari ini kerana lonjakan kes Covid-19 di negara-negara ini.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Larangan itu melibatkan enam kategori pemegang pas, iaitu mereka yang mempunyai status penduduk tetap (PR), peserta program Malaysia My Second Home (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen.

ADVERTISEMENT

Juga dilarang adalah pasangan warganegara Malaysia dan anak-anak mereka serta pelajar dari tiga negara terbabit yang ingin pulang ke Malaysia.

Dua hari kemudian, Ismail Sabri mengumumkan keputusan kerajaan untuk mengenakan larangan masuk ke atas warga negara yang mencatat lebih dari 150,000 kes Covid-19.

ADVERTISEMENT

Namun, beliau mengatakan bahawa pengecualian akan diberikan untuk kes kecemasan atau hal-hal yang berkaitan dengan hubungan dua hala, tetapi ia memerlukan izin dari Jabatan Imigresen.

Lagi di sini:

Share62Tweet39SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy