fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Industri Penerbangan Kian Parah, AirAsia Hentikan 333 Orang Pekerja

Kedung BK Oleh Kedung BK
4 Jun 2020
Industri Penerbangan Kian Parah, AirAsia Hentikan 333 Orang Pekerja
Share on FacebookShare on Twitter

Dimaklumkan Oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad

Industri Penerbangan Kian Parah, AirAsia Hentikan 333 Orang Pekerja. Dilaporkan sebanyak 333 pekerja AirAsia Berhad bakal diberhentikan kerja dalam usaha pengecilan operasi. 111 daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera akan ditamatkan perkhidmatan.

Pernyataan ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat ketika sesi taklimat bersama kakitangan syarikat berkenaan hari ini.

Industri Penerbangan Kian Parah, AirAsia Hentikan 333 Orang Pekerja
Industri Penerbangan Kian Parah, AirAsia Hentikan 333 Orang Pekerja

Pekerja Yang Bakal Diberhentikan Akan Menerima E-Mel Dalam Tempoh 24 Jam

Difahamkan kesemua yang akan terlibat dalam skim pemberhentian itu bakal dimaklumkan melalui e-mel dalam tempoh 24 jam. Pampasan juga dijanjikan kepada staff berkenaan dari syarikat penerbangan itu.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Menurut Riad Asmat, situasi yang dihadapi syarikat penerbangan itu kini amat sukar dan semua langkah mengurangkan, memantau faktor dalaman dan luaran tidak mencukupi.

Beliau memohon maaf kepada kru AirAsia dan menegaskan keputusan tersebut adalah atas sebab tiada pilihan lain buat masa ini selain melakukan penstrukturan semula organisasi. Tambahnya lagi, jaminan tempoh syarikat tersebut akan kembali normal tidak boleh diberikan.

Kesemua Bahagian Di Bawah Kumpulan AirAsia Turut Terjejas

Dikatakan juga adalah semua bahagian di bawah Kumpulan AirAsia akan dilaksanakan pemberhentian tenaga kerja dan bukan tertakluk kepada AirAsia Berhad sahaja.

AirAsia X (AAX) turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja, iaitu melibatkan tenaga kerja tempatan dan asing tetapi jumlah sebenar tidak diumumkan ketika sesi taklimat diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail.

Industri Penerbangan Kian Parah, AirAsia Hentikan 333 Orang Pekerja
AirAsia X turut melaksanakan pengecilan operasi.

Dijangka tenaga kerja setiap sektor termasuk operasi, pengurusan, kru dan juruterbang akan terlibat dalam pemberhentian ini. Difahamkan juga AAX bakal beroperasi menggunakan sekitar 15 ke 16 pesawat apabila sektor antarabangsa dibuka semula, berbanding dengan 32 pesawat yang dimilik oleh syarikat penerbangan berkenaan pada ketika ini.

Menerusi sesi tersebut, bayaran bonus dan insentif dijelaskan. Walau bagaimanapun, bayaran gaji pokok masih dikekalkan termasuk elaun penerbangan, sektor dan bermalam.

Ternyata industri penerbangan kini menghadapi cabaran yang sukar. Semoga dipermudahkan urusan kepada peniaga-peniaga yang terjejas teruk akibat musim pandemik ini.

SUMBER : Astro Awani
Share6238Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy