fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ingin Pertimbangan Adil, Sebuah Petisyen Mohon Agar Membenarkan Spa Dan Refleksologi Beroperasi

Kedung BK Oleh Kedung BK
20 Januari 2021
Ingin Pertimbangan Adil, Sebuah Petisyen Mohon Agar Membenarkan Spa Dan Refleksologi Beroperasi
Share on FacebookShare on Twitter

“Kami tidak mahu dinilai secara tidak adil.”

Ingin Pertimbangan Adil, Sebuah Petisyen Mohon Agar Membenarkan Spa Dan Refleksologi Beroperasi. Sebuah petisyen telah dibuat bagi pihak semua pemilik spa dan refleksologi di Sarawak untuk meminta Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) agar mempertimbangkan untuk membenarkan mereka beroperasi.

Pada masa penulisan, 116 orang telah menandatangani petisyen tersebut. Tanda tangan maksimum yang diperlukan ialah 200 tandatangan.

Ingin Pertimbangan Adil, Sebuah Petisyen Mohon Agar Membenarkan Spa Dan Refleksologi Beroperasi

“Mengapa mereka dibenarkan untuk beroperasi tetapi kami tidak?”

Menurut petisyen tersebut, mereka mempersoalkan mengapa sektor fisio, chiro, kecantikan, rambut dan kuku dibenarkan beroperasi tetapi sektor spa dan refleksologi tidak dibenarkan.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

“Piagam pelanggan kami sama dengan sektor terbabit dan kesemuanya melibatkan hubungan fizikal. Namun, mereka dibenarkan untuk beroperasi tetapi spa dan refleksologi tidak. Kami tidak mahu dinilai secara tidak adil,” pernyataan yang dipetik dari petisyen itu.

Mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak mahu beroperasi dalam ketakutan kerana mereka telah diarahkan tutup.

“Merah, jingga, kuning atau hijau, kami tidak keberatan untuk tutup apabila semua industri serupa melakukan perkara yang sama.”

Memohon kepada JPBNS untuk menunjukkan belas kasihan dan pertimbangan yang adil untuk industri holistik mereka, mereka mengingatkan bahawa sejak PKP, tiada kluster yang muncul dari pelanggan yang mengunjungi mereka untuk mendapatkan perkhidmatan.

“Kami sentiasa mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka semasa perkhidmatan kami. Kami juga telah beberapa kali melakukan ujian PCR secara sukarela dan hasil semuanya adalah NEGATIF.”

Gambar sekadar hiasan.

Dikelaskan ‘Hiburan’ menyebabkan industri ini diarahkan tutup

Walau bagaimanapun, akibat sentiasa disalah fahamkan, industri mereka dikelaskan sebagai ‘Hiburan’ berulang-ulang kali.

“Kami, pemilik spa dan refleksologi yang sah, berpendapat bahawa perniagaan kami adalah profesional dan benar-benar berpusat pada kesihatan dan kesejahteraan pelanggan kami, iaitu Rakyat.”

Industri ini telah diarahkan tutup sebanyak 3 kali sejak 2020, di mana mereka tidak dapat menjana pendapatan selama 6 bulan. Secara langsungnya, industri mereka telah ditinggalkan.

“Untuk menutup industri kami adalah dengan satu arahan yang segera, namun untuk MEMBUKA SEMULA, kami harus memperjuangkan hak kami sehingga melakukan sidang media dan pembentangan.”

Petisyen tersebut juga memohon nasihat daripada JPBNS untuk jalan keluar dan bukan mengelak mereka mencari penyelesaian kewangan.

Mereka juga menyatakan bahawa perniagaan mereka telah mengalami kerugian besar akibat penutupan yang berterusan.

“Pekerjaan dan sumber pendapatan akan berada dalam keadaan berisiko sekiranya keadaan berlanjutan, dan kesannya tidak hanya akan mempengaruhi pekerja di industri kai, tetapi juga keluarga mereka.”

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Malay Mail

Sekiranya anda berminat untuk menandatangani petisyen berkenaan, anda boleh klik di sini.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy