fbpx
Cerita Borneo

Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, 28 Orang Telah Ditahan Di Sarawak

28 orang telah ditahan di Sarawak kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan

Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, 28 Orang Telah Ditahan Di Sarawak. Pihak Polis Diraja Malaysia telah menahan 28 individu di Sarawak setakat ini kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan, menurut laporan yang dikeluarkan.

Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, 28 Orang Telah Ditahan Di Sarawak. Kredit: Free Malaysia Today

Bakal menghadapi hukuman penjara

Baru-baru ini, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Dev Kumar berkata 26 suspek telah dibebaskan dengan ikat jamin polis, manakala sepasang suami isteri yang melanggar sekatan jalan raya polis di Batu Niah, Miri pada 25 Mac masih berada dalam lock-up.

Dev Kumar berkata penangkapan dilakukan di Miri melibatkan sembilan suspek diikuti oleh Mukah dengan tujuh orang.

Dev Kumar said the highest arrest was carried out in Miri involving nine suspects followed by Mukah with seven. Empat orang suspek ditangkap di Sarikei; dua di Kota Samarahan, Lawas dan Bintulu; dan seorang di Kuching dan Padawan.

Beliau berkata lagi kesemua 26 suspek gagal menjelaskan mengapa mereka perlu keluar dari rumah semasa tempoh PKP. Kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7 (1) Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Terjejas tempatan) 2020.

Sekiranya didapati bersalah, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Pengawalan yang lebih tegas

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, bertambah lagi polis akan mengambil pendekatan yang lebih tegas untuk membendung penyebaran vrus Covid-19 yang setakat ini pada jam 1 petang hari ini mengorbankan sebanyak 21 nyawa.

Beliau juga berharap untuk meningkatkan tahap pematuhan MCO iaitu sebanyak 92 peratus semalam.

Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April seluruh negara, dimana ia mula dilaksanakan sejak 18 Mac yang lalu dalam usaha membendung virus Covid-19.

Artikel Berkaitan

Back to top button