fbpx
Cerita Borneo

Ingkar PKP : 46 Lagi Ditahan, 276 Tangkapan Keseluruhan Sejak Dikuatkuasakan Di Sarawak

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Ingkar PKP : 46 Lagi Ditahan, 276 Tangkapan Keseluruhan Sejak Dikuatkuasakan Di Sarawak. 46 orang lagi telah ditahan dalam tempoh 24 jam ( 8 Pagi semalam – 8 pagi hari ini ) kerana melanggar perintah kawalan pergerakan di Sarawak. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah ditahan kerana mengingkari perintah ini kepada 276 orang.

Ingkar PKP : 46 Lagi Ditahan, 276 Tangkapan Keseluruhan Sejak Dikuatkuasakan Di Sarawak
Ingkar PKP : 46 Lagi Ditahan, 276 Tangkapan Keseluruhan Sejak Dikuatkuasakan Di Sarawak

Berikut adalah taburan jumlah tangkapan terkini akibat mengingkari arahan perintah kawalan pergerakan

DaerahKes
Miri12
Kuching9
Sibu8
Saratok3
Padawan2
Kota Samarahan2
Sri Aman2
Limbang2
Dalat2
Bintulu1
Serian1
Lawas1
Sarikei1

Pesalah boleh dihukum penjara sehingga 2 tahun, denda setinggi RM 10 000 atau kedua duanya sekali

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan)2020. Jika suspek disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Setakat ini, 83 orang juga telah didakwa kerana mengingkari perintah ini di mana beberapa pesalah telah mengaku salah di mahkamah dan dikenakan tindakan penjara 2 sehingga 4 bulan.

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close