fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Ini Adalah 5 Aplikasi Food Delivery Anda Boleh Guna Di Kuching

Kedung BK Oleh Kedung BK
16 Mac 2020
Ini Adalah 5 Applikasi Food Delivery Anda Boleh Guna Ketika Di Rumah
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Hmm… Semua dah mok stay kat rumah tok

Ini Adalah 5 Aplikasi Food Delivery Anda Boleh Guna Di Kuching. Dengan adanya kes Covid-19 dalam Sarawak baru-baru ini, warga Sarawak sudah bermula untuk memilih berdiam di rumah sehingga situasi sudah reda. Understandably orang dinasihatkan untuk mengelak pergi ke tempat sesak buat sementara waktu. Mujur ada servis food delivery bagi mereka yang tiba-tiba ngidam makanan kegemaran mereka tanpa berisiko keluar dari rumah semata-mata memuaskan ngidam!

Grab Food Delivery

Boleh dikatakan antara servis penghantaran makanan paling popular di Kuching, aplikasi Grab bukan sahaja menyediakan perkhidmatan transportasi, ia boleh digunakan untuk menghantar makanan ke depan pintu anda. Pelbagai restoran anda boleh pilih seperti Starbucks, Nando’s, Ding Tea, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, terdapat juga restoran yang tidak ada dalam aplikasi ini, salah satunya adalah KFC.

Ini Adalah 5 Aplikasi Food Delivery Anda Boleh Guna Di Kuching
Ini Adalah 5 Aplikasi Food Delivery Anda Boleh Guna Di Kuching

Food Panda

Salah satu lagi servis penghantaran makanan popular di Kuching adalah Food Panda. Sama seperti Grab Food Delivery, mereka menyediakan pelbagai restoran untuk pilihan anda. Selain restoran seperti Sushi King, Kenny Rogers etc., mereka juga menawarkan penghantaran makanan lokal seperti nasi ayam, rojak, dan sebagainya.

ArtikelBerkaitan

Setinggi RM130 Seorang, Netizen Kongsi Kos Upah ‘Cekik Darah’ Untuk Bantu Isi enterSarawak

Hutan Kokol Hobbiton Tawarkan Pengalaman Ala-Ala Di England

Ini Adalah 5 Aplikasi Food Delivery Anda Boleh Guna Di Kuching

Lyfe Food Delivery

Aplikasi ini adalah buatan tempatan (Kuching) dan kini tengah menaik menjadi salah satu servis penghantaran makanan popular. Selain Tealive, Magic Waffle etc., mereka juga menawarkan restoran lokal yang menghidangkan makanan seperti ayam penyet, spicy noodles dan sebagainya.

Ini Adalah 5 Aplikasi Food Delivery Anda Boleh Guna Di Kuching

KFC Delivery

Bagi mereka yang penggemar KFC, anda boleh saja gunakan aplikasi KFC Delivery. Walaupun KFC adalah salah satu merchant untuk servis penghantaran makanan tertentu, kadang-kadang radius servis itu tidak dapat pergi ke kawasan tertentu, jadi servis penghantaran sendiri akan digunakan untuk menghantar makanan tersebut (mengikut kawasan). Mereka juga akan menawarkan promosi tersendiri.

McDelivery

Sama juga dengan KFC, McDonald’s telah lama menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan sebelum wujudnya mana-mana servis penghantaran makanan. Walaupun restoran ini antara salah satu merchant untuk aplikasi penghantaran makanan major di Sarawak, seperti yang dinyatakan dalam kes KFC, kadang-kadang radius yang tidak menggalakkan menyebabkan pelanggan menggunakan applikasi restoran sendiri untuk menghantar makanan kerana chances are ia di dalam radius restoran tersebut. Selain itu, mereka menawarkan promosi mereka sendiri melalui aplikasi sendiri

Look Out untuk promosi!

Kalau timing anda tepat, anda akan ditawarkan pelbagai promosi dari mana-mana aplikasi diatas. Buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk elak pergi ke tempat sesak atas sebab situasi yang kurang menggalakkan dalam negeri. Jadi sekiranya anda tiba-tiba rasa nak makan kepsi, mekdi, etc., anda boleh cuba gunakan aplikasi-aplikasi diatas untuk memuaskan ngidam anda!

Share94Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy