fbpx
Cerita Borneo

Ini Adalah 5 Langkah Yang Anda Boleh Praktikan Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Yang Hijau

Ini Adalah 5 Langkah Yang Anda Boleh Praktikan Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Yang Hijau. Baru-baru ini, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa telah mengemukakan cadangan untuk menggantikan straw plastik serta mewajibkan penggunaan serai sebagai penyedut minuman di semua kafe KADA. Pengganti straw telah wujud sejak sekian lama. Malah, terdapat peningkatan penggunaan straw yang diperbuat daripada logam dan juga buluh! Selain menggantikan straw plastik ke straw yang lebih mampan, berikut adalah 5 langkah yang anda boleh cuba untuk mengamalkan gaya hidup yang hijau.

Ini Adalah 5 Langkah Yang Anda Boleh Praktikan Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Yang Hijau
Ini Adalah 5 Langkah Yang Anda Boleh Praktikan Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Yang Hijau

Ambil Nota Secara Elektronik

Kita sudah biasa menggunakan telefon bimbit dalam rutin harian kita, jadi apa salahnya jika kita manfaatkan telefon bimbit kita kan?

Bagi mereka yang sedang belajar di pengajian tahap tinggi seperti universiti, kebanyakkan universiti sudah bermula untuk menggunakan portal rasmi universiti bagi mengedarkan nota-nota daripada pensyarah ke pelajar. Ada yang juga menggunakan cloud software bagi menyenangkan pelajar untuk berkongsi nota-nota mereka kepada rakan sekelas. Kini, kebanyakan pejabat sudah manfaatkan penggunaan elektronik bagi melajukan proses kerja.

Ini Adalah 5 Langkah Yang Anda Boleh Praktikan Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Yang Hijau






Salah satu cara untuk menjimatkan penggunaan kertas adalah menggunakan cloud storage. Ini memudahkan anda untuk berkongsi maklumat atau nota penting kepada rakan-rakan anda!

Anda boleh menjimatkan duit daripada membeli kertas yang keterlaluan serta mengurangkan jejak karbon! The world needs more trees, you know!

Mengamalkan Amalan Reusable Bag

Daripada menggunakan beg plastik yang disediakan oleh kedai, sebaliknya bawalah beg yang boleh digunakan semula. Penggunaan beg plastik sangat membazir dan jika digunakan secara keterlaluan, tidak mustahil beg plastik ini akan dibuang secara merata-rata.

Tahukah anda plastik mengambil masa seribu tahun untuk terurai? Mun kitak pake plastik ya kinek kakya buang kat tepi jalan, bukan esok lusak nya terurai, geng.

Betul, ada masa kita memerlukan plastik sebagai plastik sampah, tapi sekiranya anda perlu membeli belah di kedai, cuba gunakan beg yang boleh digunakan semula. Kebanyakan kedai runcit kini menyediakan beg kertas dan beg tote untuk pembelian anda. Beli lah dengan style, kawan saa!

Ini Adalah 5 Langkah Yang Anda Boleh Praktikan Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Yang Hijau
Totebag yang ada kini datang dalam kepelbagaian gaya dan warna!

Gunakan Botol Yang Boleh Digunakan Semula Daripada Membeli Botol Baru Pada Setiap Pembelian

Haa… Ada sebab mak kita dolok mala manas asal botol Tupperware terharga nya tertinggal rah kelas sekolah.

Terdapat pelbagai botol yang boleh diguna semula dijual di mana-mana kedai. Semua design cool! Jadi, gunakan semula botol-botol air yang anda boleh isi semula daripada membuang botol plastik baru setiap kali anda perlu menghilangkan dahaga anda.

Ini Adalah 5 Langkah Yang Anda Boleh Praktikan Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Yang Hijau
Botol air jenama Tupperware yang sangat dihargai oleh mak anda
Terdapat pelbagai botol air yang stylish anda boleh pilih!

Kurangkan Penggunaan Elektrik Di Rumah

Sekiranya anda tidak menggunakan peralatan atau anda tidak berada di dalam bilik, matikan lampu dan elektronik lain.

Anda boleh memudahkan cara perlaksanaan ini dengan menyambungkan barang elektronik anda kepada pelindung lonjakan dan flipkan suis apabila anda meninggalkan bilik. Haa… sekurang-kurangnya amalan ini boleh mengurangkan bil elektrik anda!

Jangan lupa menutup suis lampu ketika keluar dari bilik!

Mengamalkan Amalan Kitar Semula

Ingat sik zaman sekolah dolok cikgu mala jak ingatkan kita untuk mengitar semula? Atau iklan-iklan rah TV dolok pasal mengitar semula? Jadi, sekarang sudah waktunya untuk meletakkannya pada amalan.

Kadang-kadang kita akan melihat tiga buah tong sampah yang berlainan warna. Berikut adalah tong tersebut berserta dengan warna dan barang yang sepatutnya dibuang dalamnya. Jum, refresh sikit hehe.

Ini Adalah 5 Langkah Yang Anda Boleh Praktikan Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Yang Hijau
  • Tong Yang Berwarna Coklat
    • Tong ini digunakan untuk pembuangan barang berkaca. Contohnya, kaca (tak kira berwarna atau tidak berwarna) botol minuman ringan, batang makanan, botol vitamin dan botol kosmetik.
    • Bahan seperti kristal, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam, peralatan makmal, dan botol bahan toksik tidak termasuk dalam tong ini.
  • Tong Yang Berwarna Biru
    • Tong ini digunakan untuk pembuangan bahan kertas. Contohnya, semua kertas (tak kira berwarna atau tidak berwarna) seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog, risalah, kalender, sampul surat, kad, dan kotak kadbod.
    • Bahan seperti kertas tisu, kertas karbon, kertas aluminium/minyak, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor tidak termasuk dalam tong ini.
  • Tong Yang Berwarna Oren
    • Tong ini digunakan untuk pembuangan tin aluminium, tin keluli dan plastik. Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan boleh dibuang di dalam tong ini.
    • Plastik yang berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas cecair pencuci dan botol vitamin juga boleh dibuang di dalam tong ini.
    • Bahan seperti bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan styrofoam tidak termasuk dalam tong ini.

Ini senarai tempat-tempat di Kuching yang anda boleh berkunjung untuk mengitar semula barang-barang anda (boleh juak kurangkan barang sik berguna gilak kat rumah kan? Hehe)

  1. Preserve Green Recycle
    • Lot 4560, Block 225, 4 1/2 Miles, Jalan Datuk Stephen Yong, KNLD, 93250 Kuching, Sarawak (No. Telefon: 082-377 912)
  2. Atas Sepakat Green Recycle
    • No. 20, Lot 1299, Section 66, Jalan Perbadanan, Pending Industrial Estate, 93450 Kuching, Sarawak (No. Telefon: 082-337 023)
  3. The Recycling Company Ltd.
    • Sublot 15, Jalan Batu Kitang, Yan Kwan Industrial Estate, 93250 Kuching, Sarawak
      (No. Telefon) 016-894 1522
  4. Dinkargo Recycle Sdn. Bhd.
    • Jln Demak Indah, Sejingkat, 93050 Kuching, Sarawak (No. Telefon: 016-889 8257)
  5. Golden Jumbo Sdn. Bhd.
    • 1078, Jalan Pending, Tanah Putih, 93450 Kuching, Sarawak (No. Telefon: 082-751 870)
  6. Green Earth
    • Lot 2501, Block 226, 5th Mile, Jalan Kong Ping, 93350 Kuching, Sarawak
      (No. Telefon: 016-871 1192)
  7. Triple-C Recycle Sdn. Bhd.
    • S/L 6, Lot 1625, Jalan Kuap & Batu 10, Light Industrial Park, 93250 Kuching, Sarawak
      (No. Telefon: 082-617 179)
  8. Compost Centre DBKU Sejingkat
    • 1022, Jalan Bako, Demak Laut, 93050 Kuching, Sarawak

Masa Untuk Mengubah Gaya Hidup Kepada Gaya Hidup Yang Hijau

Baru-baru ini, ia telah diumumkan Malaysia menghantar semula sebanyak 150 bekas sisa plastik ke negara-negara kaya termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan Kanada dengan menegaskan ia tidak akan menjadi ‘tempat pembuangan sampah’ di dunia.

Jadi, marilah kita sebagai rakyat Malaysia membantu merealisasikan Malaysia yang lebih hijau dengan memulakan amalan yang mengurangkan jejak karbon, bermula daripada diri sendiri.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit, tapi dimanakah anda berdiri dari peribahasa ini?

Artikel Berkaitan

Back to top button