fbpx
Cerita Borneo

Ini Adalah Aplikasi Percuma Bagi Peniaga Kecil Untuk Invois Dan Resit

Walaupun perniagaan kecil-kecilan, ia sangat penting untuk ada invois dan resit!

Ini Adalah Aplikasi Percuma Bagi Peniaga Kecil Untuk Invois Dan Resit. Bagi sebilangan pemilik perniagaan kecil, hal-hal invois ini tidak begitu penting. Namun, invois penjualan merupakan dokumen penting untuk mana-mana perniagaan, tak kira besar atau kecil.

Tujuan utama invois adalah untuk menyimpan rekod penjualan dan membantu mengenal pasti tarikh produk dijual, berapa banyak wang masuk dan mengenal pasti sebarang hutang tertunggak.

Seorang pengguna Twitter berkongsi beberapa aplikasi percuma yang dapat digunakan untuk perniagaan, terutama perniagaan kecil.

Ini Adalah Aplikasi Percuma Bagi Peniaga Kecil Untuk Invois Dan Resit
Ini Adalah Aplikasi Percuma Bagi Peniaga Kecil Untuk Invois Dan Resit

Invois dan resit penting, bukan sahaja kepada pelanggan malah kepada penjual juga

Berikut adalah 3 aplikasi anda boleh guna untuk tujuan invois dan resit:

@AfiqahJafee menjelaskan lagi tujuan invois dan resit menerusi bebenang Twitternya yang mempunyai 5.8k ulang kicau.

  1. Digunakan untuk mengesan jualan masuk. Dalam aplikasi disenaraikan di atas, ia boleh mengesan berapa banyak jualan dibuat dalam sebulan dan lain-lain. Anda kemudian boleh tally balik dengan Excel sheet atau dokumen anda.
  2. Untuk tuntutan. Menurut Afiqah, ini adalah sebab utama penting ada invois kerana kebanyakan penjual tiada invois untuk buat tuntutan barang hilang di pihak kurier. Walaupun diberi resit shipping, Afiqah menegaskan dokumen tersebut bukan invois untuk buat tuntutan, oleh itu anda harus gunakan invois barang tersebut – harga barang terbabit, berapa semua dan sebagainya.
  3. Sebagai bukti pembelian. Di aplikasi-aplikasi tersebut, setelah key-in invois selepas pelanggan buat pembayaran, ia akan keluarkan resit untuk diberi kepada pelanggan. Dalam masa sama, ia akan meningkatkan mutu perniagaan dan menambah kepercayaan pelanggan terhadap anda.
Ini Adalah Aplikasi Percuma Bagi Peniaga Kecil Untuk Invois Dan Resit
bookipi
Ini Adalah Aplikasi Percuma Bagi Peniaga Kecil Untuk Invois Dan Resit
wave
Ini Adalah Aplikasi Percuma Bagi Peniaga Kecil Untuk Invois Dan Resit
invoicely

Haa… Kalau anda pemilik perniagaan, lebih bagus lagi anda amalkan pengeluaran invois dan resit untuk perniagaan dan pelanggan, ok? Tak kira pun kalau perniagaan kecil atau besar, dokumen-dokumen tersebut memang penting, tau! Dengan ada aplikasi-aplikasi disenaraikan (percuma lagi tu!), semoga urusan anda dipermudahkan.

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button