fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ini Adalah Cara Guna J&T SMART ORDER Untuk Mengirim Barang

Kedung BK Oleh Kedung BK
2 September 2020
Ini Adalah Cara Guna J&T SMART ORDER Untuk Mengirim Barang
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Bukan aplikasi mudah alih, disebaliknya menerusi Facebook atau WeChat

Ini Adalah Cara Guna J&T SMART ORDER Untuk Mengirim Barang. Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan kurier J&T kini menggalakkan pelanggan mereka untuk mengisi maklumat kiriman menerusi perkhidmatan SMART ORDER mereka.

Ia bukan aplikasi mudah alih, disebaliknya ia hanya memerlukan anda untuk mengguna Facebook atau WeChat untuk membuat pesanan anda.

ADVERTISEMENT
Ini Adalah Cara Guna J&T SMART ORDER Untuk Mengirim Barang
Ini Adalah Cara Guna J&T SMART ORDER Untuk Mengirim Barang

Yang pertama, anda dikehendaki untuk mengimbas kod QR

Untuk memulakan pesanan anda, anda perlu mengimbas kod QR menerusi Facebook atau WeChat.

Anda boleh pilih aplikasi (antara Facebook atau WeChat) yang mana anda nak guna melalui PAUTAN INI.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Atau, anda boleh pergi ke mana-mana pejabat J&T untuk imbas kod tersebut apabila mengirim barang anda.

ADVERTISEMENT

Isi maklumat pengirim dan penerima

Setelah pilih aplikasi kegunaan anda, anda akan diberi pilihan untuk memilih bahasa pilihan anda.

Setelah bahasa pilihan anda dipilih, anda akan diberi pilihan iaitu pesan sekarang, jejak bungkusan, pesanan saya, profil, semak harga, atau chat secara langsung (Live Chat).

ADVERTISEMENT

Untuk urusan penghantaran barang, anda klik butang ‘BUAT PESANAN‘.

Ini Adalah Cara Guna J&T SMART ORDER Untuk Mengirim Barang
Langkah pertama.

Bagi pesanan untuk satu penghantaran, anda tekan Pesanan Tunggal.

Bagi pesanan untuk LEBIH dari satu penghantaran, anda tekan Pesanan Lambak.

Anda kemudian dikehendaki untuk mengisi maklumat anda (maklumat pengirim) mengikut urutan berikut:

Nama
Nombor telefon
Alamat pengirim

Setelah isi maklumat pengirim, anda akan dikehendaki untuk mengisi maklumat penerima mengikut urutan dinyatakan di atas.

Ini Adalah Cara Guna J&T SMART ORDER Untuk Mengirim Barang
Langkah ketiga.

Isi maklumat lanjut

Seterusnya, anda akan dikehendaki untuk menghuraikan item anda serta menjelaskan nilai item anda. Untuk pengetahuan anda, jika anda tak tahu berapa nilai item anda, anda boleh sahaja letak harga rawak. Hal ini kerana ruangan tersebut harus dijawab untuk pergi ke soalan seterusnya.

Ini Adalah Cara Guna J&T SMART ORDER Untuk Mengirim Barang
Item Nilai boleh letak harga rawak.

Anda akan ditanya sama ada pesanan anda adalah dalam bentuk dokumen atau parsel. Pilih mana satu yang sesuai untuk pesanan anda.

Ini Adalah Cara Guna J&T SMART ORDER Untuk Mengirim Barang
Jika item anda dalam bentuk parsel, tekan butang ‘parcel’.

Setelah pilih antara dua perkara tersebut, anda akan diberi anggaran harga dan akan disoal mengenai kaedah bayaran. Anda akan ditanya sama ada ‘dibayar oleh saya’ atau ‘dibayar oleh penerima’. Pilih mana satu yang sesuai.

Anda kemudian akan diberi nombor pesanan dan sebuah kod bar untuk diimbas di kaunter J&T bagi tindakan seterusnya.

Ini Adalah Cara Guna J&T SMART ORDER Untuk Mengirim Barang
Anda akan diberi nombor pesanan dan kod bar untuk diimbas oleh kakitangan J&T ketika di pejabat kurier berkenaan.

Mudah kan? Daripada berbaris tunggu giliran isi maklumat, lebih baik lagi isi menerusi kaedah ini!

Lebih lagi di sini:

Share277Tweet173SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy