fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ini Adalah Keistimewaan Masyarakat Daerah Terindah Di Ranau Sabah

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
2 November 2020
Ini Adalah Keistimewaan Masyarakat Daerah Terindah Di Ranau Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

Mari kita sama-sama ketahui keistemewaan Ranau yang amat sukar didapati di tempat lain terutamanya di masa kini.

Ini Adalah Keistimewaan Masyarakat Daerah Terindah Di Ranau Sabah. Ranau merupakan tempat yang mempunyai daya tarikan pelancongan yang tinggi kerana ianya mempunyai pemandangan yang indah sekali. Di sini juga terdapat banyak sejarah yang menarik serta budaya yang unik.

Ini Adalah Keistimewaan Masyarakat Daerah Terindah Di Ranau Sabah
Ini Adalah Keistimewaan Masyarakat Daerah Terindah Di Ranau Sabah

Pisompuruan

Tetapi, ada satu perkara yang menjadi kebangaan masyarakat Ranau iaitu, tradisi “pisompuruan”. Ianya merupakan satu menifestasi perpaduan markat tertinggi. Di daerah ini, tiada prejudis yang dijurangi oleh perbezaan agama, tiada diskriminasi kerana berlainan bangsa dan seluruh penduduk diikat dengan intim oleh tali persaudaraan sesama masyarakat.

Di daerah ini, tidak ada konsep dominasi dan ketuanan bangsa. Ada banyak orang Cina yang fasih bertutur Dusun. Yang Dusun, ramai menghantar anak ke sekolah Cina. Yang Muslim, tidak ada isu mengizinkan anak belajar di sekolah Anglikan dengan lambang salib di dewan perhimpunan.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Ini Adalah Keistimewaan Masyarakat Daerah Terindah Di Ranau Sabah

Masjid, tokong dan gereja boleh megah berdiri sebelah menyebelah

Masjid, tokong dan gereja boleh megah berdiri sebelah menyebelah, mengisi ruang sepunya dalam lingkungan jarak kurang seratus meter. Di tempat majoriti Islam, penganut Katolik boleh membina gereja tanpa halangan.

Begitu juga, masjid boleh didirikan tanpa sebarang soal di tengah-tengah perkampungan Kristian. Bahkan, komuniti yang berbeza agama boleh bekerjasama membangun dan menjaga rumah ibadat masing-masing.

Sebagai contoh, Kundasang sebuah desa pergunungan di Ranau. Ia didatangi mubaligh Islam Jawa sekitar tahun 50-an. Menjelang penghujung 60-an, majoriti penduduk tempatan sudah memeluk Islam. Memasuki dekad 70-an dan 80-an, Kundasang sudah tegar dikenali petempatan Dusun Muslim.

Ini Adalah Keistimewaan Masyarakat Daerah Terindah Di Ranau Sabah

Pemodal Cina mula bermukim di Kundasang

Sekitar 90-an, para pemodal Cina mula bermukim di Kundasang untuk membangunkan industri komersial sayur-sayuran hawa sederhana. Kemudian diikuti orang Timur dan Tator dari Indonesia, yang berhijrah masuk sebagai pekerja sektor pertanian moden ini. Sekarang sudah ada tokong dan gereja di Kundasang bagi memenuhi keperluan spiritual komuniti migran, meski pun jumlah mereka sangat minoriti.

Ranau ini sememangnya destinasi pelancongan yang kaya dengan bermacam tarikan yang menawan kalbu. Tapi bukan itu saja kelebihannya, daerah ini juga memberi seribu nilai murni dan pengajaran yang boleh dicontohi oleh ramai masyarakat di Malaysia mahupun di dunia.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy