fbpx
Cerita Borneo

Ini Adalah Kisah Latar Belakang Bagaimana ‘Kuching’ Mendapatkan Namanya

So Many Variations of Stories, Tapi Yang Mana Satunya Betul?

Ini Adalah Kisah Latar Belakang Bagaimana ‘Kuching’ Mendapatkan Namanya. Pada abad ke-19, Kuching dipanggil ‘Sarawak’. (Yes, nama negeri kita kini merupakan nama bandar Kuching!) Kalau diterjemahkan kepada bahasa Inggeris, Kuc(h)ing ialah ‘cat’, oleh itu mendapatkan nama gelaran ‘City of Cats.’ Tetapi adakah kucing yang banyak berkeliaran di bandar Kuching turut menjadi punca bandar ini dinamakan Kuching? Mari kita lihat di mana sebenarnya asal usul nama ‘Kuching’!

Halangan Komunikasi?

Ia adalah satu misteri bagaimana bandar Kuching mendapatkan namanya. Ada cerita yang mencampurkan mitos dengan halangan komunikasi, contohnya sekiranya anda bertanya kepada ahli-ahli industri pelancong, kemungkinan besar mereka akan menceritakan kisah yang sama mengenai kesalahfahaman antara James Brooke dan kaum pribumi Sarawak. Menurut cerita tersebut, pada pertengahan abad ke-19, James Brooke bertanya kepada orang tempatan apakah nama tempat mereka tetapi pada masa bertanya soalan itu, James Brooke cun-cun menunjuk ke seekor kucing dan mereka berfikir beliau bertanya apakah nama haiwan tersebut dalam bahasa tempatan dan turut menjawab ‘Kucing.’

Kredit: Giphy

Adakah Kuching Betul-Betul The City of Cats Pada Zaman Itu?

Salah satu penjelasan lagi adalah ia dikatakan dahulu banyak kucing pernah tinggal di sepanjang Sungai Sarawak, jadi penduduknya menamakannya Kuching. Walaupun penjelasan ini berbunyi ‘logik’, kebanyakkan orang rasa mitos ini adalah palsu. Ini kerana Bahasa Melayu Sarawak menggunakan istilah pusak untuk merujuk kepada kucing. Sekiranya cerita ini benar, kenapa Kuching tidak dinamakan Pusak? Hmm…

Kredit: Giphy

Adakah ‘Kuching’ Dinamakan Sempena Buah?

Mungkin nama ‘Kuching’ berasal dari sejenis buah laici yang dinamakan mata kucing. Buah ini bertumbuh di bukit-bukit hampiran bandar dan kalau diterjemahkan secara literal ke Bahasa Melayu, ia menjadi ‘Cat’s Eyes.’ Sekali lagi, keterangan ini sangat samar-samar kerana sekiranya penjelasan ini benar, mengapa buah ini tidak dinamakan mata pusak? (pendapat sahaja, ya!)

Buah mata kucing. Kredit: Libur

Salah satu penjelasan kepada mitos ini adalah kemungkinan nama ini adalah perkataan import setelah negeri Sarawak menyertai Tanah Melayu pada tahun 1963 untuk membantu komunikasi dalam masyarakat yang berbilang bangsa? Tetapi James Brooke telah menamakan bandaraya Kuching hampir satu abad pada ketika itu sejak 1872 jadi ia mencadangkan ‘City of Cats‘ tidak dinamakan sempena buah ini.

Kredit: The Star

Penjelasan Yang Mungkin Realistik

Menurut sejarah, kerajaan British menggunakan istilah ‘Cochin‘ sempena bandar pelabuhan India bagi merujuk kepada nama-nama pelabuhan perdagangan. Kemungkinan satu variasi Cochin telah membawa kepada ‘Kuching’ kerana hanya ada sedikit perbezaan dalam sebutan.

Pelabuhan Cochin, India. Kredit: W City

Satu lagi penjelasan adalah nama ‘Kuching’ diberi sempena aliran kecil yang bercabang dari Sungai Sarawak. Pada zaman itu, ia adalah kebiasaan untuk menamakan satu tempat sempena lokasi tersebut.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Ecsite

Tetapi ada satu lagi kemungkinan iaitu berkaitan dengan penduduk cina yang besar. Sebelum adanya paip saluran air, orang tempatan akan mengambil sumber air dari perigi. Orang cina pada masa itu memanggilkan perigi ini ‘Ku Ching‘.

Gambar sekadar hiasan.

Kucing Sebagai Simbol Sehingga Ke Hari Ini

Walau apa pun cerita sebenar disebalik nama Kuching, Kuching telah memeluk kucing sebagai simbol bandar. Dengan adanya beberapa patung kucing diletak di beberapa kawasan di pusat bandar serta seni-seni berkaitan dengan haiwan ini turut menghiasi bandar, ia tidak dinafikan warga Kuching bangga dengan warisan ‘feline‘ mereka.

Siapa lagi tahu cerita asal usul nama Kuching selain yang disenaraikan di atas? Komen perkongsian anda dan jangan lupa share!

Kredit: Giphy

Artikel Berkaitan

Back to top button