fbpx
Cerita Borneo

Ini Antara Jutawan Di Seluruh Dunia Yang Menderma Untuk Melawan Covid-19

Menggunakan Wang Untuk Tujuan Yang Baik

Ini Antara Jutawan Di Seluruh Dunia Yang Menderma Untuk Melawan Covid-19. Walaupun makmal perubatan di seluruh dunia cuba yang terbaik untuk mencari penawar atau sekurang-kurangnya, rawatan, untuk memerangi virus, penyelidikan itu sendiri adalah mahal. Selain itu, sesetengah negara yang lebih teruk akibat penularan Covid-19 memerlukan bekalan penting. Walau bagaimanapun, thanks to our world’s billionaires, mereka menyumbangkan sejumlah besar kekayaan mereka untuk membantu mereka yang memerlukan dan terjejas oleh virus itu.

Ini Antara Jutawan Di Seluruh Dunia Yang Menderma Untuk Melawan Covid-19. Kredit: Giphy

Bill Gates

Bill Gates, orang terkaya kedua di dunia, mengumumkan bahawa Yayasan Bill dan Melinda Gates akan menderma $100 juta untuk membantu dalam pengesanan, pengasingan, dan rawatan global terhadap Covid-19.

Ini Antara Jutawan Di Seluruh Dunia Yang Menderma Untuk Melawan Covid-19
Bill dan Melinda Gates. Kredit: CNBC.com

Jack Ma

Pengasas Alibaba ini, orang kedua terkaya di China, telah menjanjikan $14 juta dari yayasannya untuk membantu membangunkan vaksin Covid-19, malah beliau telah menderma sebanyak $5.4 juta kepada dua organisasi penyelidikan kerajaan China untuk bekerja membuat vaksin dan berkata pada hari Jumaat lepas beliau akan menyumbangkan sebanyak 500,000 alat ujian dan satu juta topeng muka ke Amerika Syarikat. Selain itu, beliau kemudian menyumbangkan tambahan $2.15 juta kepada Peter Doherty Institute for Infection and Immunity di Australia agar membantu membiayai pembangunan vaksin.

Perkongsian Jack Ma dalam Twitter. Kredit: Twitter

Li Ka-Shing

Beliau, yang merupakan individu terkaya di Hong Kong, telah mendermakan sebanyak $13 juta untuk membantu pekerja perubatan di Wuhan, China pada 10 Februari lepas.

Ini Antara Jutawan Di Seluruh Dunia Yang Menderma Untuk Melawan Covid-19
Kredit: Hong Kong Tattler

Brian Chesky

Pada hari Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Airbnb, Brian Chesky, telah mengumumkan di Twitter bahawa syarikat itu akan membenarkan pelanggan di seluruh dunia membatalkan dan mengembalikan (refund) duit mereka.

Kredit: How We Made It In Africa

Ken Griffin

Hedge fund billionaire Ken Griffin, mengumumkan melalui firma Citadel bahawa mereka akan menderma sebanyak $7.5 juta ke salah satu wilayah di China yang paling teruk akibat Covid-19.

Jutawan Di Seluruh Dunia Menderma Untuk Melawan Covid-19
Kredit: Crain’s Chicago Business

Ted Leonsis

Pemilik Wizards NBA, Capitals NHL, pasukan Washington Mystic dari WNBA, dua pasukan Arena Bolah Sepak dan Capital One Arena di Washington, D.C. ini telah mengumumkan bahawa beliau akan membayar semua 500 usher, pengambil tiket, orang beroperasi dan pekerja-pekerja sambilan lain yang dijadualkan bekerja menjelang akhir bulan Mac walaupun venue ditutup buat sementara ini. (Even jutawan gik bayar pekerja yang sik bekerja…)

Kredit: Monumental Sports

Giorgio Armani

Lagenda fesyen ini, seorang warga Itali, telah menyumbangkan kira-kira $1.4 juta kepada hospital-hospital di Milan dan Rom, serta kepada agensi perlindungan awam Itali, yang menyelaraskan respon negara terhadap wabak Covid-19.

Jutawan Di Seluruh Dunia Menderma Untuk Melawan Covid-19
Kredit: The Business of Fashion

Massimiliana Landini Aleotti

Gergasi farmasi Menarini, yang dimiliki oleh beliau dan keluarganya, menukarkan sebahagian kilang mereka di Florence untuk menghasilkan gel disinfektan untuk hospital-hospital di Itali.

Kredit: Celebrity Families

Secara keseluruhannya, jutawan-jutawan di negara Itali telah memberikan sumbangan lebih dari $28 juta kepada hospital, kemudahan penjagaan kesihatan dan agensi kerajaan sejak krisis ini bermula pada bulan Februari. Good job, Italian billionaires!

Mereka antara golongan jutawan yang telah mendermakan kekayaan mereka untuk membantu orang yang memerlukan

Cuba lah kita tok kaya, mok juak tolong orang yang memerlukan! Atas usaha-usaha mereka, pembangunan dan kemajuan boleh dibuat untuk membendung virus ini. Terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsikan kekayaan mereka untuk membantu humankind.

Kredit: Giphy

Tahukah anda bahawa lebih banyak individu terkenal dunia yang menyumbang semasa pandemik COVID-19? Untuk informasi lanjut, baca artikel ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button