fbpx
Cerita Borneo

Ini Cara Untuk Claim RM30 Percuma Untuk E Wallet Pilihan Anda

RM30 percuma khas dari Kerajaan Malaysia, rugi kalau tak claim

Ini Cara Untuk Claim RM30 Percuma Untuk E Wallet Pilihan Anda. Dalam bajet 2020 tempoh hari, Kerajaan Malaysia mengumumkan insentif sebanyak RM30 untuk pengguna E Wallet di seluruh Malaysia. Duit ini akan dikreditkan ke akaun E Wallet pilihan anda bermula dari 15 Januari 2020 nanti. Jadi, dalam artikel ini kami akan kongsikan cara cara untuk anda claim RM30 secara percuma ini nanti. Oh ya, anda hanya boleh claim RM30 ini sekali sahaja melalui satu E Wallet yang anda pilih. Terdapat 3 pilihan E Wallet yang akan terlibat dalam proses ini nanti.

Claim RM30 Melalui Boost E Wallet

Ini Cara Untuk Claim RM30 Percuma Untuk E Wallet Pilihan Anda

Jika anda bukan merupakan pengguna Boost, anda boleh ikuti langkah langkah seperti berikut :

  • Muat turun aplikasi Boost di Google Playstore atau Apple Appstore
  • Daftar untuk akaun
  • Naik taraf ke Premium Wallet & sahkan
  • Nikmati RM5 dengan perbelanjaan RM10 seterusnya melalui aplikasi Boost
  • Klik pada inisiatif e-Tunai Rakyat mulai 15 Januari 2020 di laman utama aplikasi Boost

Jika anda pengguna sedia ada aplikasi Boost pula, anda boleh ikuti langkah langkah ringkas seperti berikut :

  • Naik taraf ke Premium Wallet & sahkan
  • 2Nikmati RM5 dengan perbelanjaan RM10 seterusnya melalui aplikasi Boost
  • 3Klik pada inisiatif e-Tunai Rakyat mulai 15 Januari 2020 di laman utama aplikasi Boost

Kenali Aplikasi Boost Melalui Video Di Bawah atau rujuk laman sesawang Boost E Tunai Rakyat

Claim RM30 Melalui Aplikasi GrabPay

Ini Cara Untuk Claim RM30 Percuma Untuk E Wallet Pilihan Anda

Untuk claim RM30 anda melalui GrabPay Wallet, anda hanya perlu muat turun aplikasi Grab di Google Playstore atau Apple Appstore dan sahkan akaun anda.

Anda boleh menggunakan RM30 tersebut untuk servis di dalam aplikasi Grab termasuk dengan berbelanja dengan GrabPay sehingga menaiki kenderaan dengan menggunakan Grab Rides.

Anda boleh rujuk laman sesawang ini untuk maklumat lanjut : GrabPay E-Tunai Rakyat

Claim RM30 Dengan Touch And Go E Wallet

Ini Cara Untuk Claim RM30 Percuma Untuk E Wallet Pilihan Anda
Ini Cara Untuk Claim RM30 Percuma Untuk E Wallet Pilihan Anda

Untuk mendaftar akaun Touch and Go E Wallet, anda boleh rujuk video di bawah :

Selepas itu, pastikan anda mengesahkan akaun Touch and Go E Wallet anda :

Anda boleh rujuk laman sesawang e-Tunai Rakyat – TNG DIGITAL untuk maklumat selanjutnya.

Artikel Berkaitan

Back to top button