fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ini Panduan Borang Pengisyitiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sarawak

iloveborneo Oleh iloveborneo
3 Februari 2020
Ini Panduan Borang Pengisyitiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Ketika Ini, Anda Wajib Mengisi Borang Pengisyitiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sarawak

Ini Panduan Borang Pengisyitiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sarawak. Virus Wuhan Coronavirus kini merebak ke 27 buah negara dengan lebih 17 ribu kes positif dan lebih 300 kematian. Oleh itu, Kerajaan Sarawak mengambil langkah proaktif dengan mewajibkan setiap individu yang masuk ke Sarawak untuk mengisi Borang Pengisyitiharan Kesihatan. Pengalaman kami menaiki pesawat dari Kota Kinabalu pada 3 Februari 2020, anda juga tidak terlepas daripada diwajibkan mengisi borang ini walaupun anda menaiki pesawat dari Sabah.

Ini Panduan Borang Pengisyitiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sarawak
Ini Panduan Borang Pengisyitiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sarawak

Jangan risau, borang ini ada 3 bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris dan juga Mandarin

Ini Panduan Borang Pengisyitiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sarawak
Ini Panduan Borang Pengisyitiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sarawak

Di dalam Borang Pengisyitiharan Kesihatan ini, anda dikehendaki untuk mengisi beberapa maklumat seperti berikut :

  1. Nama penuh
  2. Jantina
  3. Tarikh lahir
  4. Kewarganegaraan
  5. No Passport atau No Kad Pengenalan
  6. Jenis pengangkutan semasa ketibaan di Sarawak
  7. No Penerbangan/ No. Pendaftaran Kenderaan
  8. No tempat duduk (jika menggunakan kapal terbang)
  9. Alamat di Sarawak
  10. No telefon ( di Sarawak dan di tempat asal )
  11. Adakah anda pernah ke negara China atau negara negara lain yang terdapat jangkitan 2019-nCoV dalam 14 hari yang lepas? Namakan negara tersebut jika YA
  12. Tarikh berlepas dari China atau negara yang berkenaan
  13. Nama Bandar semasa perlepasan dari negara berkenaan
  14. Nama Bandar semasa ketibaan di Malaysia
  15. Tandakan jika anda mengalami 5 gejala di bawah : Demam/Kesejukan/Batuk/Selsema/Sesak Nafas
  16. Anda juga dikehendaki untuk mengakui bahawa maklumat yang diberi di atas adalah benar.

Borang ini juga akan diberikan terus kepada anda sebelum anda menaiki pesawat dari beberapa destinasi ke Sarawak. Jadi, jika anda ada ingin ke Sarawak kami sarankan anda untuk menyediakan sebatang pen untuk memudahkan anda mengisi borang tersebut. Borang tersebut juga ada disediakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang, sebelum anda pergi ke kaunter imigresen.

Baca Artikel Lain Kami Berkaitan Dengan Virus Wuhan Coronavirus

http://http://http://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/minta-coronavirus-merebak-di-sabah-gadis-devil-akhirnya-padam-akaun-twitter/
http://http://http://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/virus-wuhan-diisytihar-pheic-tapi-tahukah-anda-apa-itu-pheic/
Share3229Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy