fbpx
Cerita Borneo

Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu

Sesuai Untuk Anda Yang Gemarkan Pitstop Sepanjang Pemanduan.

Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu. Seperti yang anda ketahui, Lebuhraya Pan Borneo kini sedang dibina bagi memudahkan perjalanan anda untuk merantau ke seluruh Malaysia Timur termasuklah ke Sabah. Namun demikian, keadaan jalan yang kurang memuaskan pasti menyukarkan pemanduan anda. Lebih parah sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada kenderaan anda akibat jalan yang berlubang dan berbatu-batu.

Kredit : @padilyol.my

Tahukah anda bahawa anda mempunyai pilihan alternatif selain jalan lebuhraya? Untuk perjalanan dari Kuching ke Sibu dan sebaliknya, anda sebenarnya boleh menggunakan jalan pesisir. Jalan pesisir merupakan rangkaian jalan raya yang dipisahkan oleh sungai-sungai di Sarawak dan dihubungkan melalui jambatan dan perkhidmatan feri.

Mari baca panduan dari Kuching ke Sibu menggunakan jalan pesisir ini. Jom kita start!

1. Kuching Ke Kota Samarahan (Jambatan Batang Samarahan)

Jarak : 26.7 km

Anggaran perjalanan : 30 minit

Sekiranya starting point anda dari Kuching, jambatan pertama yang harus anda lalui ialah Jambatan Batang Samarahan. Untuk ke sini, anda harus menggunakan jalan UNIMAS Kampus Timur dan mengambil susur pertama di bulatan Summer Mall menuju ke Kampung Baru. Ikut sahaja petunjuk papan tanda dan anda akan menemui Pusat Penjaja MPKS. Di mana ada Pusat Penjaja MPKS, di situlah letak nya Jambatan Samarahan.

Jambatan Samarahan ini siap sepenuhnya pada tahun 2018. Sebelum ini, penduduk kampung di seberang Sungai Sabang ini menggunakan perkhidmatan feri untuk berulang alik dari Bandar Kuching dan Samarahan. Kini, bukan sahaja penduduk kampung yang mendapat manfaat tetapi juga seluruh pengguna jalan raya di Sarawak. Yeeha!

Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu

2. Jambatan Batang Samarahan Ke Jambatan Batang Sadong (Via Asajaya)

Jarak : 38.6 km

Anggaran perjalanan : 40 minit

Jambatan pertama sudah selamat diharungi. Misi anda yang seterusnya adalah untuk mencari arah menuju ke Jambatan Batang Sadong. Untuk ke Jambatan Batang Sadong, anda harus menggunakan Jalan Asajaya dan melalui kawasan perkampungan seperti Asajaya dan Sadong Jaya. Sebelum pembinaan Jambatan Batang Sadong, terdapat sebuah perkhidmatan feri yang dinamakan Feri Sungai Buluh yang menjadi penghubung utama pengangkutan antara Sungai Batang Sadong ini.

Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu
Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu

3. Jambatan Batang Sadong Ke Feri Triso (Via Sebangan/Sebuyau)

Jarak : 45.1 km

Anggaran perjalanan : 40 minit

Feri Triso ini turut dikenali dengan Feri Batang Lupar. Memasuki kawasan selepas Jambatan Batang Sadong, anda bakal melalui kawasan perkampungan yang agak terpencil. Sepanjang perjalanan ke sini, anda akan melalui kawasan Sebangan dan Sebuyau. Melalui Feri Triso ini, anda akan menyeberangi Sungai Batang Lupar menuju ke Maludam. Harga tambang feri yang akan anda temui selepas ini semuanya berharga RM 1. Jadi, sediakan wang kecil anda secukupnya.

Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu
Kredit : Twitter Fauziah Keepli

4. Feri Triso Ke Feri Beladin/Pusa

Jarak : 53.2 km

Anggaran perjalanan : 1 jam 15 minit

Dari Feri Triso ini pula, anda harus melalui Jalan Maludam untuk sampai ke Feri Batang Saribas atau Feri Beladin/Pusa. Pusa merupakan sebuah kawasan majoriti Melayu yang berada dalam bahagian Betong. Ia juga berhampiran dengan Kabong dan Saratok. Jika anda memandu pada waktu biasa (bukan pada waktu cuti atau musim perayaan), waktu perjalanan anda mungkin lebih singkat daripada waktu yang dianggarkan oleh Google Maps ini.

Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu
Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu
Kredit : Azlan Rumadi
Kredit : Azlan Rumadi

Posted by Muhd Aizat on Friday, February 7, 2020

5. Feri Beladin/Pusa Ke Lebuhraya Pan Borneo (Simpang Pusa)

Jarak : 21.5 km

Anggaran perjalanan : 23 minit

Setelah melalui dua buah perjalanan feri, kini anda bakal menuju ke Lebuhraya Pan Borneo seketika untuk perjalanan yang seterusnya. Ia mengambil masa lebih kurang 23 minit untuk anda sampai ke Persimpangan Pusa yang akan menghubungkan anda terus ke Lebuhraya Pan Borneo. Usah risau, jika anda sudah tiba di sini, bermakna anda sudah mengharungi 3/4 perjalanan ke Sibu!

Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu
Kredit : FB Jol Mohidie

Alternatif Tanpa Feri : Persimpangan Pusa Ke Sibu

Jarak : 126 km

Anggaran perjalanan : 2 jam 16 minit

Jika anda sudah penat menaiki feri, jangan risau. Anda juga boleh terus menggunakan laluan lebuhraya untuk sampai ke Bandaraya Sibu. Masukkan Pusa Junction dan Sibu dalam aplikasi Google Maps anda dan tadaa! Selamat memandu!

Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu

6. Lebuhraya Pan Borneo Ke Feri Sg. Maaw (Paradom) Bintangor

Jarak : 113 km

Anggaran perjalanan : 1 jam 56 minit

Feri Sg. Maaw juga dikenali sebagai Feri Paradom atau Feri Nam Chong. Ia merupakan perkhidmatan feri persendirian yang boleh dikira legend di kawasan ini kerana ia merupakan pengangkutan utama penduduk sekitar sejak 20 tahun yang lalu. Sedikit kelainan sekiranya anda menggunakan feri ini ialah kadar tambangnya yang berharga RM 7 untuk sehala. Laluan Feri Sg. Maaw ini juga merupakan alternatif kepada laluan lebuhraya ke Sibu yang sedikit jauh berbanding laluan ini. Namun demikian, anda harus peka dengan jadual operasi feri ini kerana ia tidak beroperasi terutamanya sewaktu musim perayaan Tahun Baru Cina.

Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu
Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu
Kredit : I Love Sibu
Kredit : Sarawakianaii

7. Feri Sg. Maaw Ke Sibu (Via Jambatan Igan)

Jarak : 24.2 km

Anggaran perjalanan : 38 minit

Anda kini semakin hampir ke Sibu! Setelah anda berjaya mengharungi Feri Sg. Maaw, teruskan perjalanan anda ke Sibu melalui Jambatan Igan. Jika anda menemui Kolej Laila Taib, UCTS dan Everwin sepanjang perjalanan ke Sibu, sesungguhnya anda berada di jalan yang benar.

Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu
Ini Panduan Memandu Guna Jalan Pesisir Dari Kuching Ke Sibu
Kredit : Sibu Best
Kredit : Sibu Best

Amacam? Nampak mencabar tak? Untuk menggunakan laluan feri ini, anda harus merancang waktu perjalanan yang sesuai kerana kebiasaannya jalan pesisir ini digemari oleh masyarakat. Apa-apa pun, apabila jambatan di sungai-sungai ini telah siap, maka perkhidmatan feri ini pasti menjadi sebuah kenangan bagi mereka yang pernah menggunakannya.

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close