fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ini Panduan Ringkas Permohonan Rayuan Bantuan Sarawakku Sayang

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
17 April 2020
Ini Panduan Ringkas Permohonan Rayuan Bantuan Sarawakku Sayang
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tahukah Anda Boleh Membuat Rayuan Jika Tidak Tersenarai? Ikuti Panduan Ini.

Ini Panduan Ringkas Permohonan Rayuan Bantuan Sarawakku Sayang. Seperti yang anda sedia maklum, bantuan khas Sarawakku Sayang ini diberikan kepada golongan B40 sebanyak RM 250 selama 6 bulan. Proses pembayaran mengikut senarai penerima yang layak Bantuan Sara Hidup Januari 2020 sudah pun dimulakan secara berperingkat sejak semalam.

Nampaknya sudah ramai yang telah mendapat bantuan insentif khas Sarawakku Sayang dari kerajaan Sarawak kan? Tapi ada pula segelintir individu yang tidak tersenarai sebagai penerima bantuan tersebut lantaran namanya tidak layak seperti dalam sisten Bantuan Sara Hidup.

ADVERTISEMENT

Jangan risau. Anda sebenarnya boleh membuat rayuan permohonan Bantuan Sarawakku Sayang.

Semak Syarat Kelayakan Dulu

Sebelum anda membuat permohonan, semak syarat kelayakan seperti berikut;

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

  • Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan; atau
  • Bujang (berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun)dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Nak tahu macam mana? Ikuti panduan berikut.

ADVERTISEMENT

1. Isi borang permohonan rayuan secara ‘online’ dengan lengkap di pautan https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan.

Jika anda lebih gemar menggunakan kaedah manual, muat turun borang tersebut di pautan ini : Borang Permohonan Rayuan Bantuan Sarawakku Sayang

ADVERTISEMENT
Ini Panduan Ringkas Permohonan Rayuan Bantuan Sarawakku Sayang
Ini Panduan Ringkas Permohonan Rayuan Bantuan Sarawakku Sayang
Ini Panduan Ringkas Permohonan Rayuan Bantuan Sarawakku Sayang

2. Bagi anda yang mengisi borang tersebut secara manual, borang permohonan yang telah lengkap bolehlah dihantar ke Pejabat Daerah yang berdekatan dengan tempat kediaman anda. Itu sahaja!

Tarikh akhir rayuan adalah pada 28 April 2020.

Keputusan semakan boleh dibuat selepas 15 Mei 2020 melalui dua saluran;

1. Laman web sarawak.gov.my , atau

2. Menghubungi Pejabat Daerah masing-masing

Rujuk carta alir berikut untuk mengetahui perjalanan proses penerimaan Bantuan Sarawakku Sayang.

Ini Panduan Ringkas Permohonan Rayuan Bantuan Sarawakku Sayang

Jika anda layak tetapi tidak tersenarai, kemukakan permohonan anda segera sebelum tarikh akhir.

Nak pergi ATM sebab nak semak wang Bantuan Prihatin Nasional dah masuk ke belum? Tunggu dulu. Baca artikel ini :

Share2267Tweet371SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy