fbpx
Cerita Borneo

Ini Senarai 66 Aktiviti Yang Masih Dilarang Semasa PKPB Di Sarawak

Aktiviti Ini Masih Tidak Boleh Dilakukan Walaupun Ekonomi Dibuka 12 Mei Ini

Ini Senarai 66 Aktiviti Yang Masih Dilarang Semasa PKPB Di Sarawak. Susulan pengumuman pembukaan semula sektor ekonomi Sarawak pada 12 Mei 2020, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menerusi perkongsian yang dilakukan oleh Dr Sim Kui Hian di laman facebook rasmi beliau hari ini turut mengeluarkan SOP ketat untuk pihak yang memulakan operasi.

Selain itu, senarai aktiviti yang masih dilarang sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB turut dikeluarkan.

Ini Senarai 66 Aktiviti Yang Masih Dilarang Semasa PKPB Di Sarawak
Norma baru dalam perniagaan dan kehidupan.
Sumber : SOP Sarawak
Ini Senarai 66 Aktiviti Yang Masih Dilarang Semasa PKPB Di Sarawak
Sumber : SOP Sarawak

Seperti yang anda semua sedia maklum, aktiviti perkumpulan seperti menunaikan ibadat di rumah ibadat, majlis kenduri mahu pun perkumpulan beramai-ramai masih tidak dibenarkan setakat ini.

Menerusi senarai terbaharu yang dikeluarkan, terdapat 66 lagi senarai aktiviti yang masih dilarang demi memastikan keselamatan dan kesihatan orang awam terjaga.

Ini Senarai 66 Aktiviti Yang Masih Dilarang Semasa PKPB Di Sarawak
Ini Senarai 66 Aktiviti Yang Masih Dilarang Semasa PKPB Di Sarawak

Berikut adalah 66 pecahan aktiviti yang merangkumi 23 sektor yang masih dilarang sepanjang tempoh PKPB.

1. Hiburan Dan Riadah

  • Panggung Wayang
  • Pusat Karaoke
  • Taman Tema
  • Muzium
  • Busking
  • Pusat Refleksiologi
  • Pusat Hiburan
  • Kelab Malam

2. Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan

  • Perarakan Keagamaan
  • Aktiviti berjemaah di masjid/rumah ibadat
  • Sambutan Ulang Tahun Pasukan Keselamatan (Perarakan)
  • Sambutan Hari Raya (kecuali dengan ahli keluarga terdekat)
  • Sambutan Hari Gawai Dayak (kecuali dengan ahli keluarga terdekat)
  • Perhimpunan bulanan Jabatan Kerajaan dan Swasta
  • Majlis Perasmian

3. Persidangan dan Pameran

  • Pameran kerjaya
  • Pameran perkahwinan
  • Promosi dan Pakej Pelancongan
  • Karnival Jualan
  • Semua jenis persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

4. Pendidikan

  • Semua sekolah (rendah/menengah) dan IPTA/IPTS kekal ditutup sehingga dimaklum kelak
  • Sukan semasa sesi persekolahan
  • Aktiviti kokurikulum bersemuka
  • Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
  • Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

5. Sukan

  • Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)
  • Acara berkumpulan diluar (outdoor) yang melebihi 10 orang contoh larian, kayuhan basikal, konvoi motosikal dan sebagainya
  • Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)
  • Kolam renang
  • Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang)

6. Aktiviti Sosial

  • Kenduri – kendara
  • Majlis Berbuka Puasa
  • Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
  • Rumah Terbuka
  • Majlis-Majlis Sosial, kemasyarakatan & budaya (i.e ceramah, gotong royong lawatan dan seumpamanya

7. Pengangkutan

  • Kapal persiaran

8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman

  • Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
  • Bazar Ramadan
  • Bazar Hari Raya
  • Karnival Jualan
  • Bazar Gawai

9. Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ)/Hostel/Asrama Pekerja di Sektor Pembuatan dan Lain-Lain Sektor

  • Terima pelawat
  • Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
  • Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain

10. Pemasangan dan Penyenggaraan Jentera (Lif, Eskalator, Dandang dan Lain-Lain) Bagi Sektor Perkhidmatan/Tower Crane di Tapak Bina

  • Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen

  • Aktiviti Fitting Pakaian

12. Dobi (khusus dobi layan diri)

  • Aktiviti melipat pakaian

13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka

14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi

15. Kedai Gunting Rambut dan Salun Kecantikan

16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan

  • Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak

17. Pengurusan Perhutanan

  • Ekopelancongan Hutan
  • Latihan Perhutanan

18. Perlombongan Dan Pengkuarian

  • Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)

19. Perladangan dan Pertanian

  • Hari Bertemu Pelanggan
  • Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
  • Pesta makan buah-buahan
  • Kursus/ Seminar
  • Konvokesyen Institut Pertanian
  • Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

20. Perikanan

  • Aktiviti perikanan rekreasi
  • Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium

21. Seni Kreatif

  • Penggambaran filem
  • Acara/Konsert/Program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam

22. Kebudayaan dan Kesenian

  • Pameran Yang Melibatkan Interaksi Antara Pekarya Dan Pelawat

23. Pelancongan dan Perhotelan

  • Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran dan Café (Bagi Tujuan Buffet)

Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk sentiasa berada di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar.

Pastikan juga anda sentiasa mencuci tangan, mengamalkan kebersihan yang tinggi serta penjarakan sosial seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close