fbpx
Cerita Borneo

Ini Senarai Hospital Rujukan Untuk Kendalian Kes 2019-nCoV Di Sabah dan Sarawak

Kes Yang Disyaki (PUI) dan Kes Sahih (Confirmed) Dirujuk Di Sini

Ini Senarai Hospital Rujukan Untuk Kendalian Kes 2019-nCoV Di Sabah dan Sarawak. Sehingga 28 Januari 2020, sebanyak 26 hospital di seluruh negara telah dijadikan sebagai hospital rujukan untuk mengendalikan kes yang disyaki (Patient-Under-Investigation : PUI) dan sahih (confirmed). Daripada jumlah ini, sebanyak 11 hospital di Sabah dan Sarawak termasuk dalam senarai ini. Senarai ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini Senarai Hospital Rujukan Untuk Kendalian Kes 2019-nCoV Di Sabah dan Sarawak
Ini Senarai Hospital Rujukan Untuk Kendalian Kes 2019-nCoV Di Sabah dan Sarawak. Sumber : FB Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Hospital Rujukan di Sabah

  1. Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
  2. Hospital Duchess of Kent, Sandakan
  3. Hospital Tawau
  4. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Kota Kinabalu
  5. Hospital Lahad Datu
  6. Hospital Keningau

Hospital Rujukan di Sarawak

  1. Hospital Umum Sarawak
  2. Hospital Miri
  3. Hospital Bintulu
  4. Hospital Sibu

Hospital Rujukan di Labuan

  1. Hospital Labuan

Ketahui Beza Kes PUI dan Sahih

Untuk pengetahuan anda, kes virus 2019-nCoV ini dikategorikan kepada dua jenis iaitu kes yang disyaki (PUI) dan kes sahih (confirmed). Sekiranya kes tersebut masih berada dalam kategori kes PUI, ini bermakna pesakit tersebut masih menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh. Sampel darah pesakit akan dihantar ke makmal Kuala Lumpur untuk mengesahkan sama ada pesakit dijangkiti virus tersebut atau tidak.

Namun demikian, sekiranya kes tersebut dikategorikan sebagai kes sahih (confirmed), seseorang pesakit itu sah dijangkiti virus nCoV. Pesakit akan diasingkan, dikuarantin dan diberi rawatan intensif.

Untuk menyemak kesahihan berita yang tersebar di media sosial, anda boleh melayari laman web SEBENARNYA.MY. Tak pasti, jangan kongsi.

Artikel Berkaitan

Back to top button