fbpx
Cerita Borneo

Ini Senarai Klinik Di Kuching Yang Menawarkan Vaksin Influenza A

Lebih Baik Mencegah Dari Mengubati

Ini Senarai Klinik Di Kuching Yang Menawarkan Vaksin Influenza A. Penularan wabak Influenza A kini semakin membimbangkan apabila semakin banyak kes dilaporkan sama ada di media massa mahupun media sosial. Terbaru, seorang kanak-kanak di Johor Bahru disahkan mati otak akibat jangkitan virus dan berada dalam keadaan kritikal. Sementara itu, 37 orang pelajar didapati positif Influenza A di Perak dan 22 orang termasuk orang dewasa disahkan menghidap virus tersebut di Selangor.

Ini Senarai Klinik Di Kuching Yang Menawarkan Vaksin Influenza A
Ini Senarai Klinik Di Kuching Yang Menawarkan Vaksin Influenza A

Pada umumnya, influenza merupakan suatu keadaan apabila anda mengalami selesema akibat jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan batuk atau bersin. Namun demikian, wabak influenza bermusim seperti Influenza A ini hanya akan menyebabkan demam selesema ringan pada individu biasa. Bagi kumpulan yang berisiko tinggi dan berpotensi seperti kanak-kanak, jangkitan influenza ini boleh menjadi teruk sehingga boleh menyebabkan kematian.

Walau pun wabak ini masih terkawal di Sabah dan Sarawak, namun anda seharusnya perlu mula mengambil langkah berjaga-jaga. Perkongsian seorang wanita di laman FB ini telah mencadangkan beberapa klinik di sekitar Kuching yang menawarkan perkhidmatan vaksin Influenza A. Kiriman pengguna FB yang bernama Safia Adam ini telah mendapat hampir 1K shares dan turut mendapat respon daripada netizen.

Ini Senarai Klinik Di Kuching Yang Menawarkan Vaksin Influenza A
Ini Senarai Klinik Di Kuching Yang Menawarkan Vaksin Influenza A

1. KPJ Kuching Specialist Hospital

Harga vaksin yang ditawarkan;

  • Bawah 3 tahun : RM 48.00
  • 3 tahun ke atas : RM 50
  • Vaksin beserta konsultasi doktor : RM 108.00

Alamat : Lot 10420, Block 11 Tabuan Stutong Commercial Centre, Jalan Setia Raja, 93350 Kuching, Sarawak

Ini Senarai Klinik Di Kuching Yang Menawarkan Vaksin Influenza A
Kredit : myhealthcare

2. Normah Medical Specialist Centre

Harga vaksin yang ditawarkan;

  • 6 bulan ke atas (tanpa mengira usia) : RM 62.00

Alamat : Lot 937, Section 30 KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Ini Senarai Klinik Di Kuching Yang Menawarkan Vaksin Influenza A

3. Borneo Medical Centre (BMC)

Harga vaksin yang ditawarkan;

  • 6 bulan ke atas (tanpa mengira usia) : RM 68.00

Alamat : Lot 10992, Section 64 KTLD, Jalan Tun Jugah, 93350 Kuching, Sarawak (berhampiran fly over Swinburne/Bangunan Sultan Iskandar/KWSP)

Ini Senarai Klinik Di Kuching Yang Menawarkan Vaksin Influenza A

4. Union Clinic, Tabuan Jaya

Harga vaksin yang ditawarkan : RM 70.00

Alamat : 893, Q112B, Tabuan Jaya Commercial Centre, 93350 Kuching, Sarawak (bersebelahan RHB Bank Tabuan Jaya, Lodge International School)

5. Metro Clinik (Metrocity, Matang)

Harga vaksin : RM 80.00

Alamat : Ground Floor, Sublot 17, Lorong Metrocity Height 1, Metrocity, Jalan Matang, 93050, Kuching, Sarawak

6. Klinik Lee, Satok

Harga vaksin yang ditawarkan : RM 80.00

Alamat : 2653, Jalan Satok, KNLD, 93400 Kuching, Sarawak (berhampiran Toko Daging Cafe)

7. Medsense Family Clinic, Stutong

Harga vaksin yang ditawarkan : RM 80.00

Alamat : Ground Floor, Sublot 6, Lot 19863, Jalan Stutong Baru (7.12 km) 93350 Kuching, Malaysia (berhampiran Econsave Kuching/Aeroville)

8. Chiew’s Child Specialist

Harga vaksin yang ditawarkan : RM 90.00

Alamat : Lot 9681, Sublot 15, Jalan Setia Raja, Tabuan Stutong Commercial Centre, 93350 Kuching, Sarawak (kawasan berhampiran KPJ Kuching Specialist Hospital)

9. Ha Medical Clinic

Harga vaksin yang ditawarkan : RM 100.00

Alamat : GF Lot 570, Section, 62, Jalan Padungan, 93450 Kuching, Sarawak (sederet Kuching Park Hotel, berhadapan lampu trafik Kolam Renang MBKS)

Ini Senarai Klinik Di Kuching Yang Menawarkan Vaksin Influenza A

10. Timberland Medical Centre

Oh ya, jangan lupa! Anda juga boleh mendapatkan vaksin ini di hospital yang telah bertapak selama 25 tahun di Sarawak. Namun demikian, anda harus walk-in sendiri ke sini untuk mengetahui harga perkhidmatan vaksin yang ditawarkan.

Alamat : 5164-5165, Block 16 KLCD 2 1/2 Mile, Rock Road, Taman Timberland, 93250 Kuching, Sarawak

Siapa Yang Perlu Mengambil Vaksin Ini?

Menurut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, golongan berisiko sangat digalakkan untuk mengambil pelalian ini. Golongan berisiko yang dimaksudkan termasuklah ;

  • Warga Emas
  • Kanak-kanak (6 bulan ke atas)
  • Individu yang menghidap penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma)
  • Individu yang menghidap penyakit respiratori

Namun demikian, sekiranya anda mempunyai alahan terhadap telur atau pernah menghidap sindrom Guillain-Barré, anda dinasihatkan untuk berunding dengan doktor sebelum meneruskan pengambilan vaksin ini.

Tonton video pendek Kementerian Kesihatan Malaysia ini untuk mengetahui langkah pencegahan influenza.

Menurut Safia, julat harga yang ditawarkan oleh klinik dan hospital swasta ini adalah berdasarkan info daripada rakan-rakan beliau yang telah mengunjungi premis terbabit untuk mendapatkan vaksin Influenza A. Tambahan pula, harga yang dinyatakan adalah harga tanpa konsultasi bersama doktor. Jika anda ingin mendapatkan konsultasi, ada baik nya jika anda menyediakan wang tambahan.

Di musim influenza ini, sama-samalah kita menjaga kebersihan diri dan kesihatan supaya penularan wabak ini dapat diredakan. Wang ringgit boleh dicari, nyawa tiada galang ganti.

Artikel Berkaitan

Back to top button