fbpx
Cerita Borneo

Ini Syarat dan Langkah Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online

Ini Syarat dan Langkah Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online. Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) akan diteruskan untuk pemberian tahun 2020. Ini adalah syarat dan langkah untuk memohon BSH 2020 secara online.

Ini Syarat dan Langkah Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online
Ini Syarat dan Langkah Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Menurut portal rasmi BSH, pendaftaran permohonan serta kemaskini BSH 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020. Untuk mengenal pasti jika anda layak untuk memohon BSH, berikut adalah syarat kelayakan BSH terkini:

  1. TERBUKA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA YANG MENETAP DI MALAYSIA SAHAJA.
  2. INDIVIDU SAMA ADA LELAKI ATAU WANITA YANG MENJADI KETUA KELUARGA DAN BEKERJA DI MALAYSIA DENGAN JUMLAH PENDAPATAN KASAR BULANAN SEISI RUMAH SEBANYAK RM4,000 DAN KE BAWAH.
  3. PASANGAN WARGANEGARA MALAYSIA (MYKAD) ATAU MEMPUNYAI PENGENALAN MALAYSIA (MYPR/MyKAS)
  4. PASANGAN YANG BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA DAN MEMPUNYAI ANAK WARGANEGARA MALAYSIA (MYKAD/MYKID). HUBUNGAN ANAK MESTILAH:
    • ANAK KANDUNG (TERMASUK ANAK TIDAK SAH TARAF) ATAU ANAK ANGKAT YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) SAHAJA, DAN
    • WARGANEGARA MALAYSIA YANG MEMILIKI PENGENALAN MALAYSIA (MYKDA/MYKID) SAHAJA, DAN
    • TIDAK BEKERJA ATAU TIADA PUNCA PENDAPATAN, DAN
    • 18 TAHUN DAN KE BAWAH, ATAU
    • 19 TAHUN DAN KE ATAS: (SEDANG DALAM PEMBELAJARAN SEPENUH MASA DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM/SWASTA ATAU, ORANG KURANG UPAYA (OKU) YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT)
  5. WARGA EMAS (BERUMUR 60 TAHUN DAN KE ATAS) YANG HIDUP SEBATANG KARA DENGAN JUMLAH PENDAPATAN KASAR BULANAN RM4,000 DAN KE BAWAH.

Permohonan BSH 2020 Menggunakan Borang Online

Buat setakat ini, pautan laman web rasmi BSH yang menghubungkan ke portal khusus untuk permohonan BSH secara online atau atas talian telah dikeluarkan dalam laman web mysumber namun laman web tersebut hanya boleh diakses pada tarikh yang diumumkan iaitu:

Tarikh Rasmi Pendaftaran Permohonan BSH 2020
BUKA: 1 FEBRUARI 2020
TUTUP: 15 MAC 2020


Pemohon boleh melayari portal tersebut setelah ia buka untuk permohonan dan pemohon disarankan untuk mencetak salinan pemohonan dan disimpan sebagai rujukan.

Maklumat Yang Perlu Dilengkapkan

  • MAKLUMAT PEMOHON
  • MAKLUMAT ANAK
  • MAKLUMAT BANK
  • MAKLUMAT WARIS
  • Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti sijil kahwin/sijil cerai/sijil lahir anak terhad 3MB setiap fail.
  • Setelah selesai mengisi kesemua maklumat dengan lengkap, pemohon perlu membuat pengesahan dengan mengisi ‘kod Captcha’ seperti yang tertera.
  • Pemohon dikehendaki untuk membuat pengakuan kesahihan maklumat yang diberi dengan menandakan (tick) kotak yang disediakan.
  • Sekiranya pemohon telah lengkap mengisi semua maklumat, sila tekan butang ‘Hantar’ untuk menyelesaikan proses pendaftaran permohonan baru.
  • Jika masih ada maklumat yang masih belum lengkap, sila klik butang ‘Simpan’ untuk menyimpankan maklumat yang telah siap dan megisi semula/kemaskini pada masa yang akan datang.

Pemohon disarankan untuk menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan bagi mengelakkan pertindihan kandungan maklumat dan identiti pemohon. (Mun kitakorang bermohon secara online, pakai jak secara online. Mun mok bermohon secara manual, pakai jak secara manual. Okay?)

Panduan Yang Lebih Detail

Portal rasmi BSH telah menyediakan panduan secara terperinci. Untuk maklumat lanjut bagaimana nak bermohon, sila click di sini.

Artikel Berkaitan

Back to top button