fbpx
Cerita Borneo

Ini Tindakan Yang Diambil oleh Kerajaan Sarawak Untuk Menangani Wabak Coronavirus di Sarawak

Ini Tindakan Yang Diambil oleh Kerajaan Sarawak Untuk Menangani Wabak Coronavirus di Sarawak. Baru-baru ini kita digempar dengan berita dimana seorang wanita yang berkerja di Bintulu disyaki dijangkit coronavirus yang telah menyebabkan perasaan takut dan kecemasan di seluruh dunia. Mujur keputusan dari makmal telah mengesahkan suspek yang disyaki dijangkit coronavirus Wuhan adalah negatif! Walaupun Malaysia tidak dapat menghalang pelancong dari China masuk ke negara kerana World Health Organization (WHO) belum mengisytiharkan wabak ini adalah kecemasan global, kerajaan Sarawak telah mengambil tindakan untuk menangani kecemasan ini.

Tindakan-Tindakan Bagi Menangani Wuhan Coronavirus

Jawatankuasa Pegurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) telah bermesyuarat pada pagi 27 Januari yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk mendengar penerangan serta taklimat pelan tindakan mengenai coronavirus Wuhan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Beberapa pelan tindakan bersepadu yang perlu diambil oleh setiap agensi berkaitan bagi melindungi rakyat dari ancaman wabak ini.

Melarang Pengambilan Pekerja Warga China

Mengikuti keputusan JPBN selepas mesyuarat pada Isnin lepas, tindakan segera dan penyelarasan di antara agensi diambil dimana Sarawak telah mengenakan larangan segera terhadap pengambilan dari China berikutan pengumuman seorang wanita yang bekerja di Bintulu disyaki dijangkit coronavirus setelah balik daripada Wuhan, China pada 16 Januari yang lalu untuk urusan kerja.

Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengharamkan pengambil pekerja warganegara China dengan serta-merta dan mengenakan pengumuman mandatori destinasi perjalanan bagi semua yang ingin masuk ke dalam negara. Notis keputusan telah diposkan di laman-laman web agensi penguat kuasa.

Sarawak Mewajibkan Pengisytiharan Perjalanan

Kerajaan Sarawak telah mengenakan satu bentuk pendaratan khas yang mengharuskan semua individu yang hendak memasuki negeri ini untuk mengisytiharkan di mana mereka telah mengembara dalam masa 14 hari sebelum masuk ke dalam Sarawak sebagai langkah perlindungan terhadap coronavirus Wuhan.

Semua Orang Yang Ingin Masuk Ke Dalam Negeri Dikehendaki Untuk Mengisytiharkan Di Mana Mereka Telah Mengembara Dalam Masa 14 Hari Sebelum Masuk Ke Dalam Sarawak

Seiring juga dengan menghentikan pengambilan pekerja warga China, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, telah menyatakan inisiatif-inisiatif ini telah diputuskan semasa mesyuarat untuk mencegah wabak coronavirus Wuhan di negeri ini serta akan menyediakan lebih banyak aset dan peralatan untuk memantau setiap individu yang hendak masuk ke dalam negeri melalui pintu-pintu masuk utama negeri.

Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyatakan Kerajaan Sarawak akan mewujudkan instrumen baru bagi pemantauan perjalanan setiap individual memasuki pintu masuk utama

Tambahan lagi, satu sesi taklimat kepada stakeholder utama berkenaan tindakan-tindakan bagi menghadapi wabak coronavirus Wuhan akan diadakan pada 28 Januari 2020 dan pengumuman polisi serta pelan tindakan yang holistik akan diumum pada 29 Januari 2020.

Tiada Vaksin Available Buat Masa Ini

Coronavirus Wuhan sangat berbahaya dan mudah merebak dengan cepat. Setakat ini belum ada vaksin yang boleh membantu manusia untuk mencegah virus ini. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera di hospital sekiranya anda mengalami gejala seperti batuk dan demam. Gunalah topeng muka jika anda perlu keluar dan amalkan membasuh tangan sekurang-kurangkan 20 saat ketika membasuh tangan serta menutup mulut sekiranya bersin atau batuk. Segera berjumpa dengan doktor jika anda mengesyaki mempunyai gejala-gejala demam.

Baca artikel lain kami berkaitan dengan wuhan coronavirus

http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/belum-ada-kes-virus-wuhan-coronavirus-positif-di-kuching/
http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/senarai-berita-palsu-berkenaan-virus-corona-wuhan-setakat-ini/

Artikel Berkaitan

Back to top button