fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Inilah Satu-Satunya Wanita Bidayuh Yang Menerima Anugerah ‘Malaysian Top Achievers 2019’

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
17 Disember 2019
Inilah Satu-Satunya Wanita Bidayuh Yang Menerima Anugerah 'Malaysian Top Achievers 2019'
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tahniah dan Syabas, Dayung Timengen!

Inilah Satu-Satunya Wanita Bidayuh Yang Menerima Anugerah 'Malaysian Top Achievers 2019'
Awaeng Kwasin, pengasas produk berasaskan lada hitam Sarawak. Kredit : Berita Harian

Inilah Satu-Satunya Wanita Bidayuh Yang Menerima Anugerah ‘Malaysian Top Achievers 2019’. Seperti yang anda tahu, rakyat Malaysia telah mencapai banyak kejayaan yang sangat mengagumkan dalam bidang yang mereka ceburi. Namun, wanita cantik atau dipanggil dayung timengen dalam bahasa Bidayuh Serian ini telah membuktikan bahawa usahanya selama ini tidak sia-sia apabila dinobatkan sebagai Top 40 Malaysian Top Achievers 2019. Lebih menarik, beliau merupakan satu-satunya wanita Bidayuh yang terpilih menerima anugerah tersebut!

Awaeng Anak Kwasin merupakan seorang usahawan Sarawak yang mengusahakan produk lada hitam jenama ‘Nang Ori‘ dan telah menubuhkan syarikatnya di Kuching sejak 15 tahun yang lalu. Beliau telah mengasaskan produk lada hitam dan lada putih serta beberapa produk hiliran berasaskan lada seperti gel lada hitam, spray serta minyak urut. Nice!

ADVERTISEMENT
Inilah Satu-Satunya Wanita Bidayuh Yang Menerima Anugerah 'Malaysian Top Achievers 2019'
Produk keluaran Awaeng, minyak urut lada hitam. Kredit : Nang Ori

Pencapaian Awaeng ini dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh penganjur seperti tahap pencapaian, peningkatan inovasi, research and development (R&D), sumbangan kepada pembangunan ekonomi Malaysia dan banyak lagi.

Sejak menubuhkan syarikatnya, Awaeng merupakan wanita Bidayuh pertama yang memiliki lesen mengeksport komoditi terkenal dan terbaik di dunia yang dikeluarkan oleh Lembaga Lada Malaysia.

Lesen ini membolehkan beliau mengeksport lada ke Semenanjung dan pasaran antarabangsa. Setakat ini, produk lada jenama ‘Nang Ori’ ini boleh didapati di pasaraya seperti AEON, Mydin dan Giant.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Inilah Satu-Satunya Wanita Bidayuh Yang Menerima Anugerah 'Malaysian Top Achievers 2019'
Produk Nang Ori yang boleh didapati di AEON Mall Alpha Angle, Kuala Lumpur. Kredit : FB Nang Ori

Malah, pasaran lada hitam Awaeng juga telah menembusi pasaran China dan Hong Kong!

Menurut wanita yang berasal dari Kampung Bratan, Padawan ini, beliau telah melatih lebih 100 usahawan kecil dan sederhana (IKS) untuk membungkus, memasar serta menyenaraikan produk keluaran mereka ke pasaraya terkemuka negara. Selain itu, beliau juga telah melatih lebih 1,000 rakan kongsi mobile eksklusif (EPM) bagi produk berasaskan lada hitam. Nang maju eh!

ADVERTISEMENT
Lada hitam Sarawak diiktiraf sebagai salah satu lada yang terbaik di dunia. Kredit : Nang Ori

Setakat ini, beliau mempunyai dua kilang pemprosesan lada iaitu dua di Kuching dan satu di Melaka. Operasi ketiga-tiga kilang ini mampu menghasilkan sebanyak 10 tan produk lada Sarawak. Bagi Awaeng, lada mempunyai nilai sentimental yang tinggi memandangkan tanaman tersebut telah diusahakan oleh keluarganya sejak turun-temurun.

Inilah Satu-Satunya Wanita Bidayuh Yang Menerima Anugerah ‘Malaysian Top Achievers 2019’. Awaeng menunjukkan hasil lada segar dari ladang. Kredit : Berita Harian

Sudah tentu anugerah Malaysian Top Achievers 2019 yang diraih ini menjadi pembakar semangat kepada Awaeng untuk terus maju dalam perniagaannya selepas ini. Anda bila lagi?

ADVERTISEMENT

Jangan lupa like dan kongsi kisah kejayaan ini!

Share1734Tweet42SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy