fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Insiden Dayang Topaz : 185 Krew Selamat, 2 Meninggal Dunia – Jabatan Laut Malaysia

iloveborneo Oleh iloveborneo
27 Oktober 2020
Insiden Dayang Topaz : 185 Krew Selamat, 2 Meninggal Dunia – Jabatan Laut Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kenyataan media rasmi telah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia sebentar tadi

Insiden Dayang Topaz : 185 Krew Selamat, 2 Meninggal Dunia – Jabatan Laut Malaysia. Berikut adalah kenyataan media rasmi daripada Jabatan Laut Malaysia.

Merujuk kepada satu kejadian kemalangan marin yang berlaku di kedudukan latitud 04 40 0’N dan Longitud 13 51.00 E’ lebih kurang 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri pada 27 Oktober 2020 pada jam lebih kurang 6.45 pagi waktu tempatan.

ADVERTISEMENT

Kejadian ini melibatkan “Accomodation Work Barge” Dayang Topaz milik DESB Marine Services Sdn Bhd.

Insiden Dayang Topaz : 185 Krew Selamat, 2 Meninggal Dunia – Jabatan Laut Malaysia

MRCC Putrajaya menerima isyarat kecemasan

Pada pukul 6.45 pagi, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) telah menerima isyarat kecemasan (MAYDAY) yang dihantar dari Dayang Tropaz pada posisi kejadian.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: PKPB Di Sarawak Akan Dilanjutkan Sehingga 15 Mac 2021

Abang Johari Antara Individu Terawal Di Sarawak Terima Vaksin Pfizer-BioNTech

ADVERTISEMENT

Dayang Tropaz juga telah menghantar isyarat kecemasan ke kapal Sapura Constructor dan mereka telah menggerakkan bantuan awal mengesan lokasi sebenar Dayang Tropaz dimana laporan di terima menyatakan 62 kru masih berada atas kapal manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut.

Insiden Dayang Topaz : 185 Krew Selamat, 2 Meninggal Dunia - Jabatan Laut Malaysia

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan yang diketuai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta dibantu oleh kapal-kapal di bawah seliaan SKO Petronas Carigali Sarawak Operation.

ADVERTISEMENT

Kesemua mangsa-mangsa telah diselamatkan dan dibawa ke atas kapal-kapal bantuan dan seramai 185 kru disahkan selamat dan dua kru disahkan meninggal dunia yang melibatkan seorang warganegara Malaysia dan seorang lagi belum dapat disahkan lagi, menurut kenyataan media yang baru sahaja dikeluarkan oleh Unit Korporat, Jabatan Laut Malaysia.

Insiden Dayang Topaz : 185 Krew Selamat, 2 Meninggal Dunia - Jabatan Laut Malaysia

Kejadian ini berlaku kerana cuaca yang buruk

Selain itu, berdasarkan maklumat awal yang diperolehi, kejadian ini berlaku kerana cuaca yang buruk di mana kabel sauh kapal Dayang Tropaz telah terputus justeru mengakibatkan kapal tersebut tidak dapat dikawal dan melanggar platform Minyak Baram B.

Kesan kerosakkan akibat perlanggaran tersebut pula belum dapat dipastikan lag. Walaubagaimanapun, tiada sebarang kejadian pencemaran marin dikesan dan Kapal Dayang Tropaz telah berlayar menuju ke Limbungan pembaikkan kapal yang terdekat untuk membuat pemeriksaan kerosakkan sebenar.

Jabatan Laut Malaysia pula akan mengeluarkan kenyataan dari masa ke semasa sekiranya terdapat perkembangan baharu dalam kejadian tragis ini.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy